Edited by blastoff at 2-8-2021 09:56 AM
Camna nak selamat dari bala tentera Allah dalam bentuk malapetaka alam semula jadi ?
Dgn cara bertaqwa pada Allah seikhlas2 nyaaa , taubat nasuha selalu dan kuatkan kesabaran dalam mentaati Allah dan beriman pada AL Quran dan Sunnah serta amalkannya dgn sepenuh hati ......Tuhan dah beri jaminan pada hambaNya yg bertaqwa akan di beri perlindungan.
\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (An-Nuur 24:34) |
Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". (Al-A'raaf 7:128) |
"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu". Allah berfirman: "AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami. (Al-A'raaf 7:156) |
|