View: 3359|Reply: 28
|
[Tempatan]
Penat tunggu tawaran kerja, bekas pelajar UMT bercucuk tanam
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Penat menunggu panggilan kerja mendorong seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Bahagian Pengurusan Maritim di sini memberanikan diri beralih ke bidang pertanian selepas melihat kejayaan yang diraih rakan sekampung.
Mohamad Zulfazli Mohamad Arifin, 28, mula bercucuk tanam sejak empat tahun lalu selepas mengambil keputusan berhenti kerja di Singapura.
Katanya, selepas kembali ke tanah air beliau menghantar permohonan bekerja di beberapa sektor selain turut menghadiri beberapa temuduga, namun masih gagal mendapatkan pekerjaan.
Dia lalu pulang ke kampung dengan jiwa yang kosong, namun segalanya berubah selepas melihat salah seorang rakan sekolahnya menceburi bidang pertanian dan mendapat pulangan lumayan.
“Daripada berminat melihatnya menanam timun, saya mula berbincang perkara yang perlu dilakukan untuk memulakan pertanian ini.
“Walaupun berdepan panas terik tetapi pulangan yang diperoleh juga lumayan malah bertani merupakan satu ibadah.
Berhujan panas di ladang bukan satu kekangan kepada Mohamad Zulfazli untuk meneruskan minatnya itu.
"Saya beranikan diri mencuba nasib dengan bermodalkan RM15,000 dan tanam 1,000 polibeg timun batang ketika itu,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Kubang Palas, Banggu, pada Sabtu.
Menurut Mohamad Zulfazli, dia terkejut kerana pulangan yang diperoleh amat memberangsangkan sehingga belasan ribu ringgit untuk satu musim dan disebabkan kesungguhan yang dilakukan, kini dia memiliki lima ladang yang disewa seluas dua hektar.
Katanya, dia juga menanam peria, petola dan lada mengikut musim dengan bantuan 10 pekerja termasuk seorang adiknya.
“Alhamdulillah tanaman saya dapat dipasarkan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan dan Pasar Selayang di Kuala Lumpur. Cuma kini kita berdepan lambakan kerana kebanyakan sayur tidak dapat dijual akibat Covid-19.
“Dengan lambakan yang berlaku itu, isteri saya, Aina Fatini Marizan membuat inovasi menjadikan peria sebagai kerepek dengan pelbagai perasa. Alhamdulillah dia dapat jual melalui dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Dapatlah duit poket daripada berlaku pembaziran.
Walaupun berlaku lambakan, namun Mohamad Zulfazli tetap meneruskan tanamannya dari semasa ke semasa.
“Kami juga mempelajari teknik terbaik untuk jadikan jeruk timun sebagaimana yang kita beli di pasar raya sebelum ini. Pelbagai perkara diteliti bermula dari pemilihan timun.
“Insya-ALLAH jeruk timun akan menjadi inovasi terbaru kami nanti. Apa yang penting, ia tidak menjadi lambakan. Pasaran peringkat negeri luar pun tidak banyak membantu sekarang memandangkan kos yang terpaksa ditanggung juga tinggi. Oleh sebab itu kami kena fikir inisiatif lain,” katanya.
Mohamad Zulfazli berkata, dia juga mendapat tunjuk ajar daripada Jabatan Pertanian Negeri Kelantan dalam setiap gerak kerja terutama melibatkan pengurusan ladang.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -UMT-bercucuk-tanam
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mohamad Zulfazli (kanan) menunjukkan timun yang dipetik di ladangnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka nya orang2 mcm ni...x duduk diam n cari jalan bila stuck somewhere....btw best duk kampung ni.,,life n environment lively, jauh hiruk pikuk bandar...time covid mcm ni masih boleh berkerja...cuma kena creative fikir nk psarkan hasil tanaman |
|
|
|
|
|
|
|
Maritim memang ssh sikit nk dpt kerja,terhad peluang x byk..bertani pon ok kalau tau cara nk pasarkn..tahniah dek..x rugi berbudi pada tanah! |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku yang amek cos maritim pun keje lain sekarang.. bagus budak ni.. i suka pickles.. kalau beli subway mesti mintak pickles extra. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. bagus anak muda |
|
|
|
|
|
|
|
Kisqh inspirasi..mana2 pun ada rezeki..jika rajin usaha |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya..semoga murah rezeki.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusnya, rezeki dia..
Teringin nak buat mcm ni..
Tanah jauh plak |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus mindset adik ni, usaha sendiri.
jgn tiru dr kontrak merempan nk gomen tanggung sambung belajar utk jd specialist |
|
|
|
|
|
|
|
keja jgn memilih..berbakti pada tanah ada hasilnya |
|
|
|
|
|
|
|
bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa sekolah my bff mmg amek sayuran big mek yg i bawak keluar hahaaha lagi2 timun jeruk
Kawen pn dpt laki yg suka timun jeruk big mek tu
Tp skang sorry sbb dah tgk 2 org mkn sayur itu dgn selera i pn jd tamak & kedekut hahaa tak bawak kuar dah!!
Sbg rumusan, ramai yg suka timun jeruk mekdi yach!! Buat sedap2 tau! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus bdk ni...tp kalau g kelantan mmg nampak byk diaorg taman timun ni tepi2 rumah....sedap cicah budu timun kecik2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas buat beliau moga jadi inspirasi buat yang lain. Kerja bukan sekadar makan gaji malah boleh mengajikan orang lain pulak. Bidang yang sepatutnya diceburi ramai agar negara tak bergantung pada import makanan dimasa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 1-8-2021 10:51 AM
Kawan aku yang amek cos maritim pun keje lain sekarang.. bagus budak ni.. i suka pickles.. kalau bel ...
sama la kita.kalo g subway mmg aku request pickles lebih.bagus anak muda ni.dia siap sebut lg nama penuh isteri dia sbb hargai usaha isteri dia buat inovasi kerepek peria.
semoga maju jaya akak ucapkan |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dek
X gelap pun kulit main panas
Btw ape perkembangan ayu oiam dgn kebun cilinya
And also yg br berjinak2 bertani, fezrul hot khan
|
|
|
|
|
|
|
|
biskutraya replied at 1-8-2021 10:51 AM
Kawan aku yang amek cos maritim pun keje lain sekarang.. bagus budak ni.. i suka pickles.. kalau bel ...
Pickles tu Dill ..adik badik timun..sedapppp lapik burger
Mkn jeruk elok...jeruk alkalise ur acidic body
Body kamuu waaajib alkaline skit so.jgn mkn acidic..tuuu cookies n bnyk gula tu..acid sme tu buat body ko PRONE to disease
Body kne alkaline..ok!
Kimchi baguih...lai satu lupa laa..jeruk kobis by itself je..sedappp
|
|
|
|
|
|
|
|
Oo lain keturunan ye.. hehe..
Tapi sedap yg dlm buger tu kan.. haha
Iya jarang mkn jeruk la haji.. beli subway pun ntah berapa bulan sekali.. ni pkp x dpt beli la..
Buah jeruk x suka.. sayur jeruk pun x suka.. kimchi cannot go la.. bau die pening.. huhu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|