Tokyo: Pemain China, Chen Yufei merangkul pingat emas badminton perseorangan wanita hari ini, untuk menafikan kejayaan pada malam kedua buat Taiwan dalam sukan itu. Taiwan merangkul pingat julung kali dalam acara badminton Olimpik pada semalam dengan memenangi pingat emas acara beregu lelaki. Tetapi Chen memastikan mereka tidak akan mengulangi kejayaan sama dalam perseorangan wanita apabila menewaskan pemain nombor satu dunia Tai Tzu-ying 21-18, 19-21, 21-18 untuk meraih gelaran itu. sumber : HMetro
|