View: 758|Reply: 1
|
Ubi muda Gergasi Merah menjadi
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Ubi muda Selangor FC nyata benar-benar sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab lebih besar apabila pertaruhan pengendalinya, Karsten Neitzel membuahkan hasil ketika menentang Penang FC di Stadium Bandaraya, semalam.
Neitzel, 53, yang terpaksa membariskan hampir separuh pemain muda dalam kesebelasan utama berjaya membawa pulang tiga mata penuh selepas menang 4-1 ke atas lawan sekaligus menamatkan kemarau kemenangan dalam empat aksi Liga Super sebelum ini.
Pada aksi itu, Red Giants hanya menurunkan tiga pemain senior iaitu Syahmi Safari, Khairulazhan Khalid, Syahmi Safari dan penyerang utama, Ifedayo Olusegun dengan selebihnya adalah tonggak muda.
Ujarnya, perubahan taktikal itu disebabkan oleh masalah kecederaan yang menimpa ramai pemain senior selain penggantungan perlawanan ekoran mengumpul dua kad kuning.
"Kemenangan hari ini sangat penting untuk melonjak mentaliti dan semangat kami. Skuad dibarisi pemain muda, begitupun mereka menjalankan tugas dengan baik.
"Dan tuah juga memihak kepada kami apabila lawan mendapat dua penalti, satu tersasar dan satu lagi diselamatkan oleh Khairulazhan.
"Pada awalnya kami menghadapi masalah dengan permainan lawan kerana para pemain tidak jelas bagaimana mereka harus bermain. Kami membuat perubahan dan ia nampak lebih baik. Saya berbangga dengan pemain-pemain saya," katanya.
Selangor yang hanya mampu melakar dua mata dalam empat aksi terdahulu, tampil lebih kemas kali ini apabila meraih jaringan menerusi Danial Asri, Sean Selvaraj dan dua gol dari Ifedayo Olusegun.
Manakala, jaringan sagu hati tuan rumah pula disumbangkan tonggak kacukan Malaysia-Australia, David Rowley.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN Selangor FC, Ahmad Danial Ahmad Asri (tiga dari kanan) bersama rakan pasukannya meraikan jaringan gol ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini. FOTO Danial Saad |
|
|
|
|
|
|
| |
|