View: 713|Reply: 2
|
Bantahan Raven undang 'murka' IOC
[Copy link]
|
|
Tokyo: Jaguh lontar peluru wanita Amerika Syarikat (AS), Raven Saunders berdepan tindakan disiplin selepas melakukan bantahan di podium Olimpik Tokyo.
Atlet berusia 25 tahun itu membuat lambang 'X' dengan menyilangkan tangan di Stadium Olimpik selepas meraih pingat perak semalam.
Media AS melaporkan Raven yang berketurunan Afrika berkata, tindakannya itu sebagai tanda sokongan kepada golongan tertindas.
Selepas meraih pingat semalam, Raven menyatakan dia mahu mewakili masyarakat dunia yang berjuang dan tidak mempunyai ruang untuk menyatakan hasrat mereka.
Bantahan Raven itu adalah yang pertama di temasya kali ini sekali gus ujian buat International Olympic Committee (IOC) yang melarang sebarang bantahan di podium namun membenarkan bantahan secara aman sebelum pertandingan.
Tidak dapat dipastikan bentuk hukuman yang menunggu Raven. Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik AS (USOPC) sebelum temasya berkata, mereka tidak akan mengambil tindakan ke atas atlet yang membuat sebarang bentuk bantahan.
USOPC mengambil pendekatan lebih berhati-hati selepas tunjuk perasaan di seluruh AS tahun lalu susulan pembunuhan George Floyd.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
AKSI simbolik tanda bantahan oleh Raven di atas podium. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga tiada apa-apa yang berlaku
|
|
|
|
|
|
|
| |
|