CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 1

Jasmine tebus duka Olimpik Rio

[Copy link]
Post time 2-8-2021 08:21 PM | Show all posts |Read mode
Tokyo: Jasmine Camacho-Quinn menghadiahkan pingat emas pertama Puerto Rico dalam acara olahraga selepas memenangi 100 meter berpagar hari ini.

Atlet berusia 24 tahun itu yang mencipta rekod baharu Olimpik pada separuh akhir dengan catatan12.26 saat menamatkan larian dengan masa 12.37s untuk kemenangan terbesar dalam kariernya.

Pemegang rekod dunia, Keni Harrison dari Amerika Syarikat meraih perak dengan catatan 12.52s manakala gangsa milik jaguh Jamaica, Megan Tapper (12.55s).

Jasmine yang ditemu ramah wartawan selepas tamat perlumbaan mengakui dia masih lagi di dihantui tragedi di Olimpik Rio 2016 dan sebelum aksi separuh akhir semalam dia khuatir ia berulang kembali.

"Ia sukar dilupakan kerana saya selalu teringatkannya ketika menyertai pertandingan. Saya selalu mendapat mesej daripada seseorang yang meminta maaf di atas apa yang terjadi di Rio.

"Anda tahu semalam ketika di separuh akhir saya tidak tenang kerana saya tak sanggup insiden sama menimpa saya tetapi saya tahu jika saya berlumba dengan prestasi sama sepanjang musim ini, ia pasti berjaya.''

Lima tahun lalu, Jasmine terpaksa dipapah keluar daripada trek sambil berlinang air mata selepas terjatuh akibat terlanggar pagar terakhir ketika tempat ke final makin hampir miliknya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2021 08:22 PM | Show all posts

AKSI Jasmine meraikan kemenangan di Stadium Olimpik Tokyo. FOTO EPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.199601 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list