View: 743|Reply: 4
|
Juara terjun China akui kesukaran hadapi kemurungan
[Copy link]
|
|
Tokyo: Pemenang empat pingat emas acara terjun di Sukan Olimpik, Shi Tingmao mendedahkan kesukarannya bertarung dengan kemurungan, menyertai gimnas ternama Amerika Syarikat (AS), Simone Biles yang bercakap secara terbuka mengenai kesihatan mental di Tokyo 2020.
Penerjun China itu menang selesa acara 3 meter (m) papan anjal wanita yang juga pingat emas keduanya di Tokyo 2020, tetapi kemudian menangis selepas aksi di Pusat Akuatik Tokyo.
Wanita berusia 29 tahun itu menyatakan dia terfikir untuk bersara daripada sukan terjun selepas prestasinya menurun, tahun lalu.
"Saya perlu menjaga kesihatan mental dan memastikan tidak mengalami kemurungan," kata Shi pada sidang media selepas acara itu, sesuatu yang jarang berlaku dalam kalangan atlet China yang biasanya dikawal rapi.
"Saya terpaksa mendapatkan khidmat pakar psikologi yang banyak membantu menangani tekanan mental sejak menjadi penerjun kompetitif dan berdepan dengan kemurungan dan sebagainya."
Sambil memberi bayangan tekanan hebat dihadapinya sehingga terfikir untuk bersara, dia menyatakan: "Saya cintakan sukan terjun dan sedar tidak mungkin mahu mengalah.
"Jadi, untuk keluar daripada kesusahan itu dan berada pada tahap sekarang jelas bukan mudah."
Shi yang turut menang dua emas di Rio 2016, mendedahkan turut berdepan konflik dalaman yang terpaksa dihadapinya.
"Ada dua perwatakan dalam mental saya yang berperang antara satu sama lain," katanya.
"Separuh diri saya menyatakan 'anda pemenang pingat emas, sudah boleh berehat, cukup lah.' Tetapi separuh lagi menyatakan 'anda tidak boleh berhenti, anda cintakan sukan terjun'."
Shi berkata, dia tidak bertemu keluarganya sejak 18 bulan lalu kerana dedikasi kepada latihan dan sudah lama tidak berhubung sesama sendiri.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENERJUN China, Shi Tingmao tersenyum selepas menang pingat emas acara 3m papan anjal wanita di Tokyo 2020, semalam. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
|
be seteronggg. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga semuanya seperti keadaan sediakala, tahniah diucapkan kepada atlit ini |
|
|
|
|
|
|
|
That's why masa bertanding atlet China serious manjang. They're mentally & physically tortured. Dah bersara baru terlepas kandang rimau. |
|
|
|
|
|
|
| |
|