View: 940|Reply: 2
|
OLIMPIK: Mimpi buruk Camacho-Quinn di Rio berakhir
[Copy link]
|
|
TOKYO: Jasmine Camacho-Quinn meraih pingat emas Olimpik pertama dalam acara trek dan padang buat Puerto Rico, hari ini, selepas memenangi perlumbaan 100 meter (m) berpagar untuk memadam mimpi buruknya di Rio 2016.
Lima tahun yang lalu, Camacho-Quinn terpaksa dibantu keluar dari trek Stadium Olimpik Rio dalam keadaan menangis selepas berlanggar dan terjatuh pada rintangan terakhir di peringkat separuh akhir dengan jarak yang menyentuh hati untuk dia meraih tempat ke final.
Namun, hari ini pelari kelahiran Amerika Syarikat (AS) berusia 24 tahun itu menggunakan seluruh kekuatannya untuk memadam kenangan pahit itu dengan bergaya dan mengejutkan pemegang rekod dunia, Keni Harrison dari AS selepas memenangi perlumbaan dengan catatan 12.37 saat (s).
Harrison meraih perak dengan catatan 12.52s manakala Megan Tapper dari Jamaica meraih gangsa selepas mencatat 12.55s.
Selepas kemenangannya, Camacho mendedahkan bahawa dia menghabiskan tempoh lima tahun terakhir dengan dihantui musibah di Rio - dan bergelut dengan 'kelemahan' menjelang peringkat separuh akhir di Tokyo semalam, kerana bimbang perkara sama berulang.
"Ia sentiasa ada bersama saya kerana saya selalu mengingatinya," katanya kepada pemberita.
"Seseorang sering menghantar pesanan kepada saya dan mengatakan 'Saya minta maaf atas apa yang berlaku di Rio' dan saya berasa seperti 'Saya perlukan anda semua untuk melepaskannya'.
"Semalam, sebelum separuh akhir, saya lemah kerana 'saya tidak mahu perkara yang sama terjadi'. Tetapi saya tahu jika saya berlumba seperti yang saya lakukan sepanjang musim, saya tiada masalah." - AFP
sumber : BHarian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jasmine Camacho-Quinn memenangi acara 100 meter berpagar, hari ini. - Foto EPA |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada atlit ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|