CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 891|Reply: 1

Fokus kejohanan lain pula - Choon Hann

[Copy link]
Post time 3-8-2021 06:34 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Temasya Olimpik Tokyo 2020 hampir berlalu dan kini, skuad badminton negara akan dipersiapkan untuk menyertai kejohanan lebih besar pada masa akan datang.

Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choon Hann berkata, membawa pulang satu pingat gangsa pada Tokyo 2020 boleh dikatakan sebagai kejayaan bermakna kepada pasukan badminton negara untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Beliau berkata, BAM akan terus mempersiapkan pemain bagi menghadapi temasya Olimpik akan datang dengan memperbaiki kelemahan supaya mereka lebih bersedia.

Katanya, pasukan badminton negara ketika ini berada pada landasan tepat dan perlu bekerja keras lagi untuk memastikan lebih banyak pingat boleh diraih pada temasya Olimpik Paris 2024.

"Kami datang ke Olimpik Tokyo 2020 sebagai satu pasukan dan bekerja juga sebagai satu pasukan. Berikan terbaik untuk pasukan dan negara.

"Secara keseluruhan, kami berikan terbaik pada Olimpik Tokyo 2020 dan kejayaan ini (menang gangsa) dapat menyuntik moral pemain lain.

"Ini bukanlah pengakhiran kerana banyak lagi perkara perlu dilakukan terutama persiapan untuk ke Olimpik Paris tiga tahun lagi," katanya.

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara pada temasya Tokyo 2020 selepas menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 pada penentuan pingat gangsa.

Skuad badminton negara hadir ke pentas Tokyo 2020 dengan hampir semua pemain tampil kali pertama di temasya terbesar dunia itu kecuali pasangan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 06:34 PM | Show all posts

WOOI Yik (kiri) dan Aaron Chia menunjukkan pingat gangsa dimenangi mereka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas beraksi pada Tokyo 2020, semalam. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.392732 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list