CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 901|Reply: 4

Harapan tinggi buat Jun Hoong, Pandelela

[Copy link]
Post time 3-8-2021 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Skuad terjun negara mempunyai resipi rahsia untuk menjelmakan emas pertama apabila dua prospek utama, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong turun beraksi dalam acara 10m platform individu wanita, esok.

Bekas jurulatih skuad kebangsaan yang kini melatih Jun Hoong, Yang Zhuliang pernah membuktikan hanya Jun Hoong satu-satunya mencapai Penilaian Prestasi Kerja (KPI) itu apabila menewaskan penerjun dari tembok besar China ketika di Kejohanan Dunia pada 2017 di Budapest.

Bukan mustahil buat Jun Hoong mencipta kejutan ketika ramai pencabarnya tidak tahu keupayaan sebenarnya yang menyepi daripada acara itu selama dua tahun berikutan kecederaan lutut.

Malah, ada kemungkinan dua pingat boleh diraih atlet negara berdasarkan pencapaian dan pengalaman mereka di pentas antarabangsa.

Zhuliang menerusi hantaran Facebooknya berkata, dia yakin akan kemampuan Jun Hoong untuk melakarkan kejutan dan atletnya itu sudah bersedia.

"Kali ini semua penerjun mempunyai peluang sama rata kerana Covid-19 menyekat semua penyertaan dan tiadanya pertandingan.

"Semangat Jun Hoong memang tinggi. Dia melalui pelbagai rintangan dari awal hinggalah sekarang ketika berada di Tokyo 2020.

"Diuji mengalami alahan, berlatih bersendirian, tidak diterima ke Olimpik 2020 pada mulanya, kecederaan dialami dan segala-galanya membuatkan dirinya kuat.

"Jun Hoong hanya berlatih pada 11.45 pagi, Sabtu petang serta Ahad. Tiada waktu makan tengah hari selama setahun. Latihan pula selalu terganggu kerana di Malaysia apabila hujan dan ribut, dia tidak boleh berlatih.

"Saya rasa kini dia sudah tidak sabar beraksi untuk berikan yang terbaik buat negara," katanya.

Sementara itu, prestasi Pandelela ketika meraih emas di Kejohanan Piala Dunia di Tokyo, Mei lalu mampu untuk menjadi penanda aras akan kemampuan dua atlet negara yang sememangnya menjadi sandaran untuk merealisasikan sasaran tiga pingat di temasya Olimpik Tokyo 2020, termasuk satu daripadanya adalah emas.

Begitupun mereka perlu berhati-hati dan fokus agar tidak melakukan kesilapan apabila turun beraksi.

Untuk rekod Pandelela menduduki tempat ke-11 dalam acara 10m platform individu di Rio 2016 manakala Jun Hoong tidak beraksi dalam acara itu.

Seramai 30 penerjun beraksi pada peringkat kelayakan dan hanya 18 terbaik akan mara ke separuh akhir, seterusnya 12 akan bertanding pada peringkat akhir.

Setakat ini, China menjadi pasukan terjun terbanyak mengutip emas apabila mengumpul lima daripada lapan pingat emas yang ditawarkan di Tokyo 2020 dan mereka meraih tujuh emas di edisi Rio 2016.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 06:43 PM | Show all posts

PENERJUN negara, Cheong Jun Hoong (kiri) dan Pandelela Rinong akan turun beraksi dalam acara 10m platform individu wanita, esok, sekali gus menjadi harapan menjelmakan pingat. FOTO Arkib NSTP
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 3-8-2021 07:04 PM

Harapan setinggi gunung.....(lirik akn disambung berdasarkan keputusan yg mereka perolehi kelak 3/8/21).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2021 07:13 PM | Show all posts
Skuau replied at 3-8-2021 07:03 PM
Harapan setinggi gunung.....(lirik akn disambung berdasarkan keputusan yg mereka perolehi kelak ...

semoga ada sinar pingat
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Yasssssss!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.067068 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list