CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5590|Reply: 25

Atilia Haron kini jual IKAN LAGA je dekkkk

  [Copy link]
Post time 3-8-2021 09:51 PM | Show all posts |Read mode

KOLEKSI Atilia X Batik Boutique diinspirasikan daripada keindahan dan semangat juang ikan laga.

Koleksi inspirasi ikan laga jadi taruhan

KEINDAHAN ikan laga dengan warna-warna yang sangat cantik dan semangat perjuangannya menyebabkan ia diangkat sebagai inspirasi dalam penghasilan koleksi fesyen oleh Atilia Haron bersama Batik Boutique.

Dia yang merupakan guru yoga melancarkan kapsul koleksi dikenali sebagai Atilia X Batik Boutique dengan memberi penekanan elemen ikan laga itu dan juga keindahan batik tempatan.

Koleksi kapsul tersebut menampilkan tikar yoga, baju dan aksesori batik untuk memberi keceriaan kepada orang ramai di kala menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tempoh yang sangat panjang ini.

Atilia mendapat cetusan idea daripada ikan laga miliknya jenis betta splenden yang menjadi simbol kepada pejuang yang cantik.


REKAAN kimono yang anggun dengan warna berani dilengkapkan dengan aksesori pengikat kepala menambah gaya kepada si pemakai

Sehubungan itu, besar harapannya agar cetakan bermoti-fkan ikan laga itu dapat memberi semangat perjuangan yang tinggi dan menjadikan diri lebih bersemangat.

Percikan warna hitam, merah, oren dan emas memberikan aura kekuatan kepada si pemakai.

“Saya memilih rekaan dan warna-warna sedemikian untuk koleksi ini kerana ia mempunyai kekuatan tersendiri.

Secara tidak langsung, ia memberi semangat untuk terus berjuang apatah lagi dalam kehidupan yang sangat mencabar pada ketika ini.

“Koleksi ini bukan hanya memberi kekuatan kepada si pemakai, tetapi juga kepada para artisan batik yang terlibat dalam membuat rekaan ini,” katanya yang juga seorang penyanyi dan pelakon.

Di samping rekaan tikar yoga, koleksi Atilia X Batik Boutique juga menampilkan kimono batik lukisan tangan dengan potongan yang minimalis, tetapi mempunyai tarikan tersendiri.

“Ia kini mudah digayakan ke mana sahaja tanpa perlu mengambil masa yang lama, tetapi tampil bergaya,” jelasnya.

Bertepatan dengan keperluan semasa, koleksi tersebut juga turut dilengkapkan dengan pelitup muka tiga lapisan juga bermoti-fkan ikan laga.

Setiap pelitup muka itu didatangkan dengan beg untuk menyimpannya dan ia diperbuat daripada bahan mudah terurai untuk kelestarian alam.


MEMENUHI keperluan semasa, koleksi itu turut menampilkan pelitup muka bercorak ikan laga yang unik dan menarik.

Sebagai penambah gaya, juga terdapat pengikat kepala daripada fabrik sutera agar tampil kemas dan bersemangat ketika menjalani senaman yoga serta boleh digayakan secara santai di mana sahaja.

Koleksi itu juga menawarkan kit lukisan batik DIY yang menggunakan corak ikan laga untuk menjadi terapi bagi menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan.

Kit lukisan batik itu didatangkan dengan set lengkap dan pengguna hanya perlu menyediakan air.

Dalam pada itu, Atilia X Batik Boutique juga menghasilkan beg untuk memudahkan pengguna meletakkan barangan keperluan harian yang diperbuat sepenuhnya menggunakan batik kapas Malaysia.

Setiap produk itu mempunyai cerita dan ia dilukis tangan oleh artisan batik tempatan dan dijahit oleh komuniti wanita yang kurang bernasib baik.

Sehubungan itu, setiap pembelian itu turut membantu artisan batik dan komuniti tersebut.

Koleksi ikan laga tersebut boleh dibeli secara online di www. thebatikboutique. com.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2021 09:52 PM | Show all posts
  


  

Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual ikan beta pulekk
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-8-2021 10:08 PM
Jual ikan beta pulekk

Xpe la sis janji bukhenz jual kerang gittew…
Ikan laga ni santek drpd gapi..
Lagu deyol pon xbrp sgt..elok la fokus kat biz jek..selain meyoga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni byk show ke ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 3-8-2021 10:25 PM
Xpe la sis janji bukhenz jual kerang gittew…
Ikan laga ni santek drpd gapi..
Lagu deyol pon xbr ...

Ok jur sis cantek motif ikan laga kat mask tu.
Pandai cari kelainan. Kedai ikan beta patut buat merch macamni. Motif ikan dalam batik mmg rare..batik cina/jeoun selalunya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2021 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Not bad coraknya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2021 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Simplicity is the key. Kipidap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2021 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 3-8-2021 10:35 PM
Ok jur sis cantek motif ikan laga kat mask tu.
Pandai cari kelainan. Kedai ikan beta patut buat m ...

Kretip gak sheol pilih batik motif betta mcm tu…
Butik sheol kt plaza damas..so rege pon premium ..kalo batik jepun motip koi mmg dah sinonim..tp iols ske batik motif rama2..dah lama x jumpa kelip2 dulu mase kecik mcm pelik dlm perut dia ada lampu..haha
Agak2 kalo jual tu laku ke hidok?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 09:42 AM | Show all posts
ewwww....x minat kat dia nih
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:22 AM | Show all posts
Cantik dan kreatif!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 10:34 AM | Show all posts
aku ingat betul2 dia jual ikan laga tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
j3m4h replied at 3-8-2021 11:51 PM
Kretip gak sheol pilih batik motif betta mcm tu…
Butik sheol kt plaza damas..so rege pon premium ...

Plaza damas tu hidup lg ke? Bertahun dh x g situ..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:21 AM | Show all posts
Lawa juga design ikan laga ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik2 design nya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 4-8-2021 11:53 AM

Design buruk, uninspiring, hodoh, pemalas, asal siap - pehtu jual harga kayangan. Elok la. Ghasanya kawan2 kau je akan beli produk half baked ni.

You can do better Atilia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by supermum at 4-8-2021 12:05 PM

Ada sorang makcik buat batik kat Instagram namanya khadijahsutera. Design dia cantik. Dia sendiri lukis pastu jahit. Inspired aku raya tahun depan nak buat kebaya batik dengan dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan2 laga tu punya la lawa. Tapi kain kau punya pilihan kaler punya la dull. Choi!
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:04 PM | Show all posts
ingatkan laga ape. ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 12:06 PM | Show all posts
mak sheols hidup lagi ke? lama tak dengar cerita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.132753 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list