View: 829|Reply: 1
|
Belanda raih emas pecut berpasukan lelaki
[Copy link]
|
|
Shizuoka: Belanda menumbangkan penyandang juara, Britain untuk memenangi emas pecut berpasukan lelaki sekali gus menamatkan harapan lawan mereka yang memburu kejuaraan kali keempat berturut-turut dalam acara berkenaan.
Roy van den Berg, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland mencatatkan rekod baru Olimpik, 41.369 saat (s) di Velodrom Izu, untuk menang dengan kelebihan tiga saat.
Pasukan Britain yang menang acara berkenaan di Beijing, London dan Rio, hanya berpuas hati dengan perak namun ia satu lagi pingat penuh bermakna buat Jason Kenny.
Kenny adalah atlet pertama meraih lapan pingat Olimpik dalam acara berbasikal trek, mengatasi rakan senegara, Chris Hoy dan Bradley Wiggins, yang masing-masing meraih tujuh pingat.
Kenny sekarang ini menyamai pencapaian Wiggins meraih lapan pingat keseluruhan untuk berada di kedudukan teratas senarai pemenang pingat Olimpik Britain sepanjang zaman.
Wiggins juga pernah meraih emas dalam ujian masa untuk saingan lebuh raya.
Bagaimanapun, trio Britain yang dibarisi Kenny, Jack Carlin dan Ryan Owens ditumpaskan Belanda yang diletakkan sebagai pasukan pilihan selepas muncul juara dalam acara pecut berpasukan pada saingan tiga Kejohanan Dunia sebelum ini.
Ia adalah emas pertama Belanda dalam berbasikal trek sejak 1936, ketika Arie van Vliet muncul juara satu kilometer ujian masa.
Perancis berjaya mengetepikan Australia untuk meraih gangsa dengan catatan 42.331s.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PASUKAN Belanda berada di kelas tersendiri untuk meraih emas pecut berpasukan lelaki. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|