CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 1

Jangan peduli perang psikologi

[Copy link]
Post time 4-8-2021 07:03 AM | Show all posts |Read mode
JAGUH lumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang harus mengetepikan serangan psikologi pihak luar menjelang aksi kelayakan acara pecut individu Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Rabu.

Pengurus skuad lumba basikal trek negara, Datuk Ashakari Abu Noor berkata, Azizulhasni perlu fokus dan kekal tenang bagi memulakan kayuhannya di Velodrom Izu nanti.

“Saya menerima terlalu banyak panggilan telefon dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp bertanyakan tentang berita yang memetik legenda basikal trek Britain, Chris Hoy kelmarin.

“Berita itu menyebut Chris Hoy hanya menamakan wakil Britain dan Belanda sebagai pelumba yang hampir pasti menggondol pingat emas Sukan Olimpik di Tokyo kali ini.

“Tapi saya ingin jelaskan perkara ini kepada peminat termasuk kepada Azizulhasni sendiri. Apa sahaja boleh berlaku ketika perlumbaan berlangsung. Perlumbaan keirin sangat klasik dan tidak boleh diduga hasilnya.

“Memang kita tak nafikan Jason Kenny, Harrie Lavreysen dan Jeffrey Hoogland kuat. Bagaimanapun, apa sahaja boleh berlaku dalam perlumbaan trek. Azizulhasni juga bukan calang-calang pelumba,” katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa.

Pada Ahad, Hoy ketika diminta mengulas tentang persaingan di Velodrom Izu, menyebut hanya tiga pelumba - Kenny, Lavreysen dan Hoogland yang bakal menguasai acara pecut dan keirin.

Mengulas lanjut, Ashakari percaya pelumba kelahiran Dungun, Terengganu berusia 33 tahun itu sudah bersedia dengan strategi tersendiri bagi menghadapi barisan pencabarnya.

“Kita semua tahu Azizulhasni mempunyai semangat juang dan tahap mental yang sangat mantap. Pada penampilan Olimpik kali ini, Azizulhasni mempunyai segala-galanya.

“Azizulhasni juga telah memberi ulasan, antaranya ialah tentang basikal WX-R yang sesuai dengan susuk tubuhnya. Namun, dia juga ada nyatakan teknologi perlu disesuaikan dengan kekuatan dalaman jika mahu menang,” ujarnya.

Azizulhasni tampil secara merit untuk kali keempat beraksi di pentas Sukan Olimpik selepas temasya Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016 yang menyaksikan dia meraih gangsa acara keirin.

Pada Sukan Olimpik kali ini, Azizulhasni membawa cabaran skuad lumba basikal negara bersama Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang akan turut beraksi dalam acara pecut dan keirin.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... li-perang-psikologi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 07:03 AM | Show all posts

Azizulhasni memulakan misi memburu pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada Rabu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.234322 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list