PETALING JAYA – Setiap hari terdapat kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan dengan 1001 kisah menyayat hati yang pasti meninggalkan kesan mendalam terutama mereka yang menempuhnya.
Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pakar bius, Dr. Hana Hadzrami berkata, ramai doktor menangis kecewa kerana tidak mampu menyelamatkan pesakit muda yang dijangkiti virus berkenaan terutama varian baharu yang disifatkan ‘licik’.
“Semalam pesakit Covid-19 saya meninggal dunia. Serangan jantung ketika dalam posisi telungkup intubasi. Kelam-kabut kami telentangkan dia untuk bantuan pernafasan. Tekanan saluran pernafasan sangat tinggi, namun bukan disebabkan tiub tersumbat atau terbengkok.
“Beliau baru berusia awal 40-an. Semenjak kami tahu yang beliau balu anak dua kami memang sangat berwaspada,” katanya dalam satu hantaran yang dikongsi lebih 7,600 kali baru-baru ini.
Menurutnya, sejak arwah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pihaknya tidak menyedari bahawa segala perkembangan pesakit tersebut dilaporkan kepada anaknya yang baru berusia 15 tahun.
“Semua sangka bercakap dengan anak dewasa. Sampailah hari saya ‘on call’ baru tahu, beliau (anak) tinggal di rumah kerana dikuarantin berdua dengan adiknya yang berumur 12 tahun.
“Kami tanya ada saudara mara lain? Langsung tiada. Tiada datuk nenek. Tiada pak cik, mak cik. Ayah sudah meninggal. Hanya jiran yang baik hati tolong hantar makanan sejak ibu mereka masuk wad,” tulisnya.
Imbaunya, dalam situasi yang begitu genting, petugas kesihatan melakukan prosedur untuk mengembalikan denyutan jantung dan pernafasan dengan penuh kesungguhan dan terdesak sambil berdoa agar Tuhan menyelamatkannya.
“Namun dia tetap ‘pergi’. Sewaktu saya suruh pegawai perubatan sampaikan berita kepada anak arwah pada pukul 1 pagi, dalam hati saya tertanya-tanya bagaimana remaja umur 15 tahun hendak uruskan pengebumian ibunya.
“Hati saya benar-benar kosong waktu saya mandi selepas doffing (membuka pakaian dan peralatan perlindungan diri). Menangis ketika mandi. Namun kesedihan itu tidak lama.
Setengah jam kemudian saya dipanggil masuk ke ICU kerana ada pesakit lain yang berumur 30 tahun tiba-tiba desaturate (paras oksigen darah turun). Tukar tiub, telungkupkan dia. Sibuk sampai ke pagi,” ujarnya.
Katanya, begitulah keadaan yang terpaksa dihadapi petugas kesihatan dengan pesakit yang berusia dalam lingkungan 20-an hingga 30-an yang boleh meninggal dunia secara tiba-tiba di depan mata mereka.
“Kami sedih, namun tak sempat berduka. Segala keperitan kami simpan jauh di lubuk hati. Simpan, simpan, simpan hingga hati keras dan kebas. Sampai bila?
“Takkan kami lupakan sampai bila-bila pandemik yang membuatkan ramai anak-anak menjadi yatim piatu ini,” tulisnya. – K! ONLINE
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 4-8-2021 07:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Akak yang hanya membaca pun sayu apa lagi yang menghadapinya. Semoga mereka yang kehilangan orang2 tersayang, tempat bergantung tabah dan menerima bantuan yang sepatutnya.
Post time 4-8-2021 08:17 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 4-8-2021 07:36 AM
Sebab selama ni korang pilih untuk selamatkan bujang umur 20an ke so bila tau pesakit tu balu anak 2 ...
Umo 40an masih muda kaka. Iols rasa apa yg nak disampaikan ialah org umo 20an dan 30an pun voley tiba2 meninggal dunia secara tiba2. Iols rasa deme cuba selamatkan sumer cuma tak voley nak jangka sbb pesakit2 akan kekurangan oksigen tiba2.
Taktau ni kat mana. Taktau org2 sana dah beksin ke belum.
yatim piatu yg dah dewasa mcm arwah sepupu ku ni pun kami lah yg uruskan semua bermula dengan surat mati.
masa dlm icu beg dia hilang jd kami block kan acc bank nya.
skrg kemas2kan brg dlm rumah sewa dia.. tk tau nak hala kan ke mana.. sedekah pd jiran lah yg mudah kot..
moga budak2 tu ada pakcik makcik/jiran2 atau bff mak .. yg dtg tolong dgn ikhlas.. syurga balasan nya memudahkan urusan anak yatim ni. mendahulukan mcm2 pembayaran.. mkn minum dia org..
belum lagi pengurusan harta..
alangkah sedihnya kalau org fikir budak2 ni jd bebanan saja.. kalau mak nya bekerja, sekurang2 nya ada epf..
moga Allah swt memudahkan segala nya..
Post time 4-8-2021 08:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 4-8-2021 08:36 AM
noor2 replied at 4-8-2021 08:20 AM
Ni kata doktor...
Ya ya. Pilih yang muda karna masih muda katanya. Kalau ai kena kobid masuk sepital dok sebelah2 dengan budak umo 15 tahun, matilah ai terpaksa redho tak diselamatkan karna dah kertu.
Tapi sekiranya la, pak2 muntri kertu umo dah nak 100 tahun masuk sepital gomen, gimana hagaknya yah? ADA MAIN PILEH2 JUGAK KAAA???!!! ATAU TERUS TERPILIH DAPAT TANGKI OKSIGEN WITHOUT CONTEST GITEWWW???!!!
Post time 4-8-2021 08:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 4-8-2021 08:34 AM
Ya ya. Pilih yang muda karna masih muda katanya. Kalau ai kena kobid masuk sepital dok sebelah2 ...
Hehe jgnnriso..dah lama kenal posting chazey..berkurun...x de nya akak nk bitter..
Tapi kan chazey...bila dgr penjelasan doktor ni ..patut yg kaya raya mcm EL....sultan...Menteri..Caprice tu bersama2 sumbang hospital yg lengkap..katil.. bilik yg luas.....dan peralatan...