CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2756|Reply: 32

[Tempatan] Pendaftaran vaksin rendah di Kelantan tidak tertakluk MySejahtera semata

[Copy link]
Post time 4-8-2021 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Kota Bharu: Pendaftaran penduduk Kelantan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menerusi MySejahtera diakui rendah, namun kadar pendaftar sebenar tidak hanya bergantung kepada aplikasi itu.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata, pihaknya menggerakkan pelbagai program yang mendekati rakyat untuk tujuan pendaftaran bagi menerima vaksin.

Berikutan itu katanya, tiada perkara berbangkit berkenaan pendaftaran PICK.

"Pendaftaran kita memang rendah iaitu 65 peratus, namun kita sendiri tidak bergantung kepada MySejahtera kerana kita lebih mengutamakan program 'outreach' di semua kawasan.

"Setakat ini penduduk di Kelantan yang menerima dos pertama vaksin adalah sebanyak 37 peratus, manakala bagi dos kedua adalah 20 peratus.

"Kita masih mempunyai masa sebulan lagi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan iaitu 40 peratus penduduk Kelantan menerima vaksin sebelum 31 Ogos," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatannya di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Islam Panji di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Kelantan antara empat negeri masih merekodkan pendaftaran bagi PICK terendah dengan 64.5 peratus atau 796,795 individu. Tiga negeri lain adalah Terengganu, Pahang dan Sabah.

Dalam pada itu, Dr Izani berkata, kerajaan negeri berharap menerima maklum balas daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berhubung penambahan bekalan vaksin Covid-19 buat negeri itu.

"Kita memohon untuk mendapatkan satu juta vaksin sebulan dalam usaha untuk mempercepatkan proses vaksin di Kelantan.

"Setakat ini kita memperoleh 550,000 vaksin sebulan dan kita berjaya menggunakannya hampir 100 peratus bekalan yang diterima.

"Sekiranya kita memperoleh bekalan sebagaimana yang dimohon, kita akan mengaktifkan semua Pusat Pemberian Vaksin dan Program Outreach Vaksinasi di negeri ini. Dari segi infrastruktur, memang kita sudah bersedia dan hanya menunggu bekalan vaksin sahaja," katanya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena rajin la pi umah ke umah.. org kg mls nk pi ppv..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:09 AM | Show all posts

Gambar hiasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:12 AM | Show all posts
mylia replied at 4-8-2021 08:06 AM
Kena rajin la pi umah ke umah.. org kg mls nk pi ppv..

orang kampung ramai juga tak reti daftar guna mysejahtera ni...ada telefon pun utk call sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 08:12 AM
orang kampung ramai juga tak reti daftar guna mysejahtera ni...ada telefon pun utk call sahaja :lo ...

Betul2.. yg ni setuju sgt. Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:22 AM | Show all posts
mylia replied at 4-8-2021 08:20 AM
Betul2.. yg ni setuju sgt. Hihi

kena petugas pi cari kat umah dan maklumkan utk cucuk kat klinik berhampiran lagi bagus..atau walk in sahaja ke pusat2 yg berdekatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 08:22 AM
kena petugas pi cari kat umah dan maklumkan utk cucuk kat klinik berhampiran lagi bagus..atau walk ...

Mmg kena pi umah. Org tua2 ni kalau ppv seblah umah, baru rajin nk pegi. Kalau jauh sikit, xnak pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:26 AM | Show all posts
kawan aku cakap dia tak register pun
dia tak nak vaksin.. ntah apa masalah
tapi dia tanya jugak.. ko ok ke lepas vaksin
takder sakit apa?
aku tak tau apa dalam kepala otak dia
dia cakap semua family dia tak register
aku rasa dia orang takut kesan dan masih was2 apa dlm vaksin tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-8-2021 08:27 AM | Show all posts
mylia replied at 4-8-2021 08:24 AM
Mmg kena pi umah. Org tua2 ni kalau ppv seblah umah, baru rajin nk pegi. Kalau jauh sikit, xnak pe ...

itulah..lagi2 kalu xde org nak bawak..depa ni tak suka menyusahkan org nak pi hantarkan..klu dekat jalan kaki je..xpun naik motosikal..kalu jauh meme tak pi la kecuali ada org tolong bawakkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:29 AM | Show all posts
Vellfire replied at 4-8-2021 08:26 AM
kawan aku cakap dia tak register pun
dia tak nak vaksin.. ntah apa masalah
tapi dia tanya jugak..  ...

depa takut kot disebabkan ada kes komplikasi lepas cucuk...nanti dh semua cucuk baru depa nak cucuk kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:31 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 12:29 AM
depa takut kot disebabkan ada kes komplikasi lepas cucuk...nanti dh semua cucuk baru depa nak cucu ...

bila dah berlaku jangkitan dalam ahli keluarga baru sedar kot
tapi itulah kita usaha.. sekurang2nya kalo dah vaksin mungkin tak sampai tahap 3 atau 4
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 4-8-2021 08:26 AM
kawan aku cakap dia tak register pun
dia tak nak vaksin.. ntah apa masalah
tapi dia tanya jugak..  ...

Sok ni kalau positif, jgn gi hospital..duk rumha mkn habatus sauda, minum sup ketam je...dan jgn kleuar rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Vellfire replied at 4-8-2021 08:31 AM
bila dah berlaku jangkitan dalam ahli keluarga baru sedar kot
tapi itulah kita usaha.. sekurang2n ...

Jadi semua yang stage 4&5 itu tak vaksin lagi la ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:33 AM | Show all posts
Vellfire replied at 4-8-2021 08:31 AM
bila dah berlaku jangkitan dalam ahli keluarga baru sedar kot
tapi itulah kita usaha.. sekurang2n ...

mungkin belum kena tu rileks dulu
tapi masalah juga,dh daftar berbulan2 tak dipanggil2 jua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:34 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-8-2021 08:31 AM
Sok ni kalau positif, jgn gi hospital..duk rumha mkn habatus sauda, minum sup ketam je...dan jgn k ...

sup ketam sedap meh?makan krustykrab pon sodap
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:35 AM | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 08:12 AM
orang kampung ramai juga tak reti daftar guna mysejahtera ni...ada telefon pun utk call sahaja :lo ...

Orang kampung refer ke tok penggawa dan tok imam masjid aje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2021 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 4-8-2021 08:34 AM
sup ketam sedap meh?makan krustykrab pon sodap

Tatau la sis..tak prnh makan sup ketam...

Iol suka mkn kari krab je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:36 AM | Show all posts
ultra78 replied at 4-8-2021 08:35 AM
Orang kampung refer ke tok penggawa dan tok imam masjid aje..

kalu ramai sgt tok imam pun rimas nak melayan..tok penghulu pun sibuk je memanjang

lagi plak org kampung kadang2 tak suka menyusahkan org
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2021 08:37 AM | Show all posts
krustykrab replied at 4-8-2021 08:36 AM
Tatau la sis..tak prnh makan sup ketam...

Iol suka mkn kari krab je...

kari krab macam sedap je,nyam2
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2021 08:49 AM | Show all posts
Kawan iolss duduk KB.lamaaaa dah reg. Tapi tak dapat2 lagi date utk appointment
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:04 AM GMT+8 , Processed in 0.087671 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list