View: 892|Reply: 1
|
Asensio pastikan Sepanyol ke final jumpa Brazil
[Copy link]
|
|
Tokyo: Sepanyol akan menentang juara bertahan, Brazil di final bola sepak lelaki Olimpik Tokyo 2020 selepas Marco Asensio menjaringkan gol kemenangan, 1-0 mengatasi tuan rumah, Jepun pada masa tambahan aksi separuh akhir, hari ini.
Pemain sayap Real Madrid itu dimasukkan dari bangku simpanan dan melakukan sepakan melencong pada minit ke-115, sekali gus memastikan Sepanyol mara ke final kali pertama sejak menang perak di Olimpik Sydney 2000.
Jepun pula akan menentang Mexico pada perlawanan merebut gangsa, Jumaat ini selepas Mexico tewas 1-4 kepada Brazil menerusi penentuan sepakan penalti berikutan aksi 120 minit tanpa jaringan.
Selepas memerlukan jaringan penyamaan pada saat akhir dan sebelum menewaskan Ivory Coast 5-2 pada masa tambahan di suku akhir, Sepanyol lebih banyak mencipta peluang pada aksi hari ini.
Bagaimanapun, beberapa peluang mencipta jaringan gagal disempurnakan pada ketika Jepun terus bermain secara berdisiplin.
Penjaga gol Jepun, Kosei Tani bertindak cemerlang menafikan percubaan Rafa Mir pada babak pertama manakala VAR menafikan sepakan penalti diberikan kepada Sepanyol selepas Maya Yoshida mengasari Mikel Merino.
Takefusa Kubo menyaksikan sepakannya diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.
Pada ketika pemenang dijangka ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Asensio melakukan sepakan melencong dari dalam kotak penalti dan menewaskan Tani.
sumber : HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PEMAIN tengah Sepanyol, Marco Asensio meraikan jaringan tunggal yang memastikan kemenangan ke atas Jepun, sekali gus layak ke final menentang Brazil di Tokyo 2020. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|