View: 852|Reply: 1
|
Nafissatou kekal emas heptathlon
[Copy link]
|
|
Tokyo: Atlet Belgium, Nafissatou Thiam mengekalkan pingat emas acara heptathlon di Olimpik Tokyo 2020, hari ini, tugasan yang lebih mudah selepas juara dunia dari Britain, Katarina Johnson-Thompson menarik diri.
Nafissatou mengumpul 6,791 mata dalam tujuh disiplin acara dua hari itu yang lebih mencabar dengan cuaca panas dan membahang di Stadium Olimpik Tokyo.
Anouk Vetter dari Belanda, menang perak dengan 6,689 mata manakala rakan sepasukannya, Emma Oosterwegel menang gangsa (6,590 mata).
"Saya terasa sangat hebat, susah nak percayakannya," kata Nafissatou. "Saya sungguh emosi dan perasaan itu sukar digambarkan."
Nafissatou, 26, mencatatkan masa 13.54 saat bagi acara pembukaan iaitu 100 meter (m) lari berpagar; 1.92m bagi lompat tinggi; 14.82m untuk lontar peluru dan 24.90s bagi acara 200m pada hari pertama.
Pada hari kedua, dia melakukan catatan 6.60m untuk lompat jauh; 54.68m bagi merejam lembing dan 2:15.98s bagi disiplin terakhir iaitu 800m.
"Hari pertama acara cukup sukar bagi saya," kata Nafissatou.
"Jadi pada hari kedua saya benar-benar fokus. Saya tahu perlu melakukan yant terbaik bagi lompat jauh dan merejam lembing.
"Jurulatih saya memang positif dan memberitahu supaya yakin kepada diri sendiri. Saya amat gembira apabila berjaya melaluinya dan memberikan prestasi terbaik."
Kecederaan dan pandemik Covid-19 bermakna ini adalah kali pertama Nafissatou dan Katarina bersaing sesama sendiri dalam acara heptathlon sejak Kejuaraan Dunia di Doha pada 2019.
Tetapi, Katarina yang mengalami masalah otot pada awal tahun ini sebelum kembali bertanding pada Jun lalu, menarik diri akibat kecederaan betis ketika acara 200m.
Nafissatou yang menang Kejohanan Dalam Dewan Eropah pada Mac lalu dengan rekod kebangsaan 4,904 mata, bagaimanapun dicabar hebat oleh Anouk yang mendahului pada hari pertama.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ATLET Belgium, Nafissatou Thiam mengekalkan pingat emas acara heptathlon di Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|