View: 858|Reply: 1
|
Kad akreditasi jurulatih Belarus dirampas
[Copy link]
|
|
Tokyo: Dua jurulatih Belarus tidak dibenarkan untuk membabitkan diri di Olimpik Tokyo selepas kad akreditasi mereka dirampas kerana dituduh terbabit dalam menghantar pulang pelari mereka tatkala insiden berkenaan menimbulkan kecaman.
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata, mereka sudah merampas kad akreditasi Artur Shimak dan Yury Maisevich sebelum kedua-duanya meninggalkan Perkampungan Rasmi Olimpik.
IOC berkata mereka sedang menyiasat kedua-dua jurulatih berkenaan mengenai peranan mereka dalam kes Krystsina Tsimanouskaya, yang meminta perlindungan di lapangan terbang Tokyo untuk mengelak daripada menaiki kapal terbang pulang negara asalnya.
Krystsina berkata, dia takut nyawanya terancam jika dipaksa kembali ke Belarus, yang dilanda pergolakan politik dan berdepan tindakan keras terhadap perbezaan pendapat selepas dia mempertikaikan pilihan raya yang mengembalikan sokongan kuat terhadap Alexander Lukashenko tahun lalu.
Dia adalah salah seorang daripada lebih daripada 2,000 tokoh sukan Belarus yang menandatangani surat terbuka yang menggesa agar diadakan pilihan raya baru dan agar tahanan politik dibebaskan.
Tetapi masalahnya di Tokyo muncul selepas dia memuatnaik di Instagramnya, mengkritik jurulatihnya kerana menyenaraikan dalam perlumbaan tanpa memberitahunya terlebih dahulu.
IOC berkata kedua-dua jurulatih 'akan diberi peluang untuk menjelaskan perkara berkenaan tetapi langkah-langkah untuk menghalang mereka diambil 'demi kesejahteraan atlet' dari Belarus yang masih berada di Tokyo.
Krystsina, 24, tiba di Warsam selepas diberikan visa kemanusiaan dan berkata dia sangat gembira berada dalam keadaan selamat.
Keadaan menjadi genting selepas Krystsina, yang menyertai acara 100 dan 200 meter, mengeluh selepas namanya disenaraikan dalam acara lari berganti-ganti 4x400m tanpa dimaklumkan terlebih dulu.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KRYSTSINA dipaksa meninggalkan Tokyo oleh kedua-dua jurulatih berkenaan. FOTO EPA |
|
|
|
|
|
|
| |
|