View: 1388|Reply: 3
|
Laura menang emas Olimpik kelima
[Copy link]
|
|
Shizuoka: Bintang berbasikal British, Laura Kenny memenangi pingat emas Olimpik kelima bersama Katie Archibald dalam acara madison wanita.
Laura dan Katie, memenangi 10 daripada 12 perlumbaan pecut untuk menamatkan saingan dengan mengumpul 78 mata, 43 mata mengatasi Denmark yang meraih perak.
Jawatankuasa Olimpik Rusia (ROC) meraih gangsa dengan 26 mata selepas 120 pusingan di Velodrom Izu.
Pingat keenam yang dimenangi Laura itu menyamai atlet dressage, Charlotte Dujardin selaku atlet Olimpik wanita Britain paling berjaya.
Laura juga muncul wanita British pertama memenangi lima emas sekali gus menyamai Bradley Wiggins dan atlet mendayung, Steve Redgrave dalam senarai antara atlet berjaya.
Dia hanya tewas di belakang suaminya, Jason Kenny dan Chris Hoy yang muncul atlet Britain paling berjaya di Olimpik dengan memenangi enam emas di Olimpik.
Atlet berusia 29 tahun itu menamatkan perlumbaan dengan bergaya apabila melintasi garisan penamat dengan meraih 10 mata untuk memenangi perlumbaan pecut final.
sumber : Hmetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
KATIE (kiri) dan Laura meraikan kejayaan mereka. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
wow kagum, suami isteri layak dapat sir dah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sehati sejiwa gittuew pasangan ni. Sama2 berjaya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|