View: 903|Reply: 3
|
Brazil pertahan ibu segala emas
[Copy link]
|
|
Yokohama: Brazil memenangi pingat emas bola sepak lelaki buat kali kedua selepas pemain gantian, Malcom menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan ketika menang 2-1 ke atas Sepanyol, hari ini.
Matheus Cunha menjaringkan gol untuk Brazil hasil kealpaan benteng pertahanan lawan pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas sepakan penalti Richarlison tersasar.
Sepanyol menyamakan kedudukan minit ke-61 menerusi Mikel Oyarzabal namun bekas penyerang Barcelona, Malcom memastikan kemenangan untuk Brazil dengan meledak gol minit ke-108.
Brazil yang memenangi pingat emas di halaman sendiri pada Rio 2016, muncul pasukan kelima berjaya mempertahankan pingat emas di Yokohama.
Ia adalah venue sama yang menyaksikan mereka memenangi Piala Dunia kali terakhir pada 2002.
Selepas Neymar mengetuai Brazil meraih pingat emas lima tahun lalu, kali ini giliran Dani Alves memimpin pasukan pada pentas final bertemu Sepanyol yang membariskan enam pemain beraksi di Euro 2020.
sumber : HMetro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
BARISAN pemain Brazil meraikan kejayaan mempertahankan pingat emas Olimpik. FOTO AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah brazil |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Brazil |
|
|
|
|
|
|
| |
|