View: 655|Reply: 1
|
Cheng Hoe resah tunggu keputusan MKN, KKM
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tidur malam pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pastinya diselubungi resah dan gelisah menantikan keputusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang masih meneliti permohonan pasukan yang merancang mengadakan aksi persahabatan awal bulan depan.
Menurut Chen Hoe, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah menghantar permohonan untuk mengadakan sekurang-kurangnya dua aksi persahabatan berstatus 'A' di Ibu Kota menerusi kaedah gelembung bioperubatan.
Katanya, beliau sememang meletakkan harapan cukup tinggi agar diberi kebenaran untuk menganjurkan aksi itu yang dilihat sebagai medan terbaik buat mempersiapkan anak buahnya menjelang tugasan penting hujung tahun ini serta awal Februari depan.
Untuk rekod, skuad Harimau Malaya bakal menyertai saingan Piala AFF pada Disember ini selain mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 pada awal tahun depan.
"Kami masih tunggu daripada keputusan MKN dan KKM serta KBS (Kementerian Belia dan Sukan) di mana kita dapat berita positif dari mereka.
"Kita mahu adakan aksi persahabatan di dalam negara dalam tempoh kalendar Fifa itu bagi membolehkan pemain melakukan persiapan awal.
"Perlawanan persahabatan berkenaan memang penting di mana dalam aksi itu kita boleh menilai dan meningkatkan lagi prestasi dan persembahan pasukan.
"Tapi semuanya terpulang kepada MKN dan KKM, saya harap ia dapat kebenaran dan kerjasama yang baik daripada mereka," katanya kepada Arena Metro.
Difahamkan, FAM sudah membentangkan kertas cadangan perlawanan persahabatan itu yang turut mendapatkan persetujuan dan kerjasama daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam pembentangan itu bagi memperkukuhkan fakta dan hujah mengenai perlawanan secara gelembung bioperubatan.
Malah, AFC dikatakan turut berkongsi butiran prosedur operasi standard (SOP), fakta dan pengalaman sepanjang mengendalikan pusingan kedua kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dan Liga Juara-Juara AFC dengan kaedah gelembung bioperubatan sekali gus mengelak risiko Covid-19.
Ujar Cheng Hoe lagi, beliau mahu skuad kendaliannya diuji dalam dua perlawanan, namun mengakui tidak kisah jika diluluskan hanya untuk satu aksi sahaja.
"Setakat sekarang ada beberapa negara yang sedia datang. Kita rancang untuk lawan Palestin dan Taiwan tetapi jika hanya dapat satu saja pun 'OK'.
"Sekurang-kurangnya ia permulaan baik untuk kita kembali menganjurkan aksi antarabangsa di tempat sendiri. Apapun macam saya kata tadi, terpulang kepada keputusan MKN nanti," katanya.
Kem latihan pusat negara dijadual bermula dari 30 Ogos hingga 7 September ini dengan senarai pemain akan diumumkan dalam masa terdekat.
sumber :HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe. FOTO File NSTP |
|
|
|
|
|
|
| |
|