CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1360|Reply: 5

Perejam lembing India bakal jadi jutawan

[Copy link]
Post time 9-8-2021 07:02 AM | Show all posts |Read mode
New Delhi: Syarikat swasta dan kerajaan menjanjikan wang tunai dan hadiah bernilai lebih RM8.5 juta kepada perejam lembing, Neeraj Chopra selepas dia memenangi pingat emas pertama olahraga India dalam sejarah Sukan Olimpik, semalam.

Anak petani berusia 23 tahun itu yang menjalani pembedahan siku, dua tahun lalu dan nyaris menjejaskan kariernya, melakukan rejaman 87.58 meter di Stadium Olimpik Tokyo sempena Tokyo 2020, semalam, untuk membangkitkan keghairahan di negaranya.

Pencapaian Chopra itu membolehkan India merekodkan pencapaian terbaik di temasya Olimpik kali ini dengan satu emas, dua perak dan empat gangsa.

Dia akan menerima imbuhan tunai lumayan sebagai ganjaran atlet apabila kerajaan di negeri kelahirannya di Haryana akan memberikan Chopra bonus RM3.38 juta.

Beberapa kerajaan negeri lain menawarkan bonus RM1.7 juta dan syarikat pendidikan utama menjanjikan RM1.14 juta.

Chopra berkata, dia berharap emas Olimpik itu akan menjadi titik penting buat sukan olahraga negaranya.

"Dalam olahraga, saya merasakan kami terlepas pingat bagi tempoh yang agak lama. Jadi pingat emas ini sangat bermakna dan cukup penting," katanya.

"Kini, saya sudah menang dan saya merasakan kami boleh melakukan apa saja."

Chopra berdepan dengan jaguh Jerman, Johannes Vetter yang mencatatkan rejaman terbaik tahun ini sejauh 96.29m menjelang Tokyo 2020, tetapi semalam pencabarnya itu kurang menjadi dan gagal layak ke final membabitkan lapan atlet terbaik.

"Jika rejaman pertama baik, ia akan meningkatkan keyakinan. Percubaan kedua saya juga stabil," katanya selepas rejaman kedua itu membolehkan dia bergelar juara.

"Saya tidak pasti sudah menang emas ketika ini, tetapi saya sedar sudah melakukan remaja terbaik.

"Kita tidak boleh menyangka sudah menang emas ketika dalam kejohanan. Pemikiran begitu memang bahaya dan ada risiko tidak melakukan yang terbaik selepas itu.

"Sekarang saya mahu melepasi jarak 90m secepat mungkin."

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2021 07:03 AM | Show all posts

ATLET India, Neeraj Chopra menang pingat emas acara merejam lembing lelaki di Olimpik Tokyo 2020, semalam dan bakal menerima imbuhan lumayan di negaranya. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah..byk tu..tp tgok baru ni ok la..yg lain xdpt lontar jauh mcm dia..nk tgok sape dpt atasi world record tu..yg pegang world record dulu org Czech Republic kn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2021 07:21 AM | Show all posts
kaoru44 replied at 9-8-2021 07:18 AM
Wah..byk tu..tp tgok baru ni ok la..yg lain xdpt lontar jauh mcm dia..nk tgok sape dpt atasi world r ...

tak pasti..tapi ada atlet tu rekod peribadi dia lebih 96m..cuma masa olimpik ni prestasi dia kurang menjadi..rezeki atlet india ni la..dia tak pernah dpt lebih 90m
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
xpdckelate replied at 9-8-2021 07:21 AM
tak pasti..tapi ada atlet tu rekod peribadi dia lebih 96m..cuma masa olimpik ni prestasi dia kuran ...

Kena tnggu next la..mgkn lebih jauh lontaran nya..haha..try cari kat youtube lontaran world record tu..gayanya sama je..cuma lembing tu tinggi ke ats..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2021 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Handsome Chopra ni bila rambut panjang. Terpaksa korbankan rambut utk Olimpik. Berbaloi akhirnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.335288 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list