CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 618|Reply: 1

Jogohealth tawar rawatan percuma pada bapa Azizul

[Copy link]
Post time 9-8-2021 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Kejayaan jaguh berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat perak acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 semalam, meraih perhatian pelbagai pihak termasuk dari Pusat Rawatan Strok dan Fisioterapi Jogohealth yang menawarkan rawatan percuma kepada bapanya, Awang Embong.

Pengasas dan penasihatnya, Datuk T. Murugiah berkata pihaknya sedia menanggung semua kos rawatan, pengangkutan dari Terengganu dan penginapan bagi bapa Azizul untuk mendapatkan rawatan di pusat itu yang terletak di ibu negara.

Beliau berkata tatkala seluruh negara berkongsi kegembiraan menyaksikan Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo, membantu bapa Azizul yang terlantar akibat strok adalah cara terbaik bagi pihaknya menyampaikan penghargaan kepada wira negara itu.

"Jasa dan pengorbanan Azizul dalam memartabatkan sukan negara tidak ternilai. Saya terharu melihat pengorbanan Azizul di televisyen semalam, yang menangis dan meluahkan bahawa bapanya mengalami strok beberapa hari sebelum beliau berlepas ke Tokyo," katanya dalam kenyataan hari ini.

Murugiah, yang juga Naib Presiden MIC berkata lazimnya rawatan strok memerlukan masa seminggu hingga enam minggu.

Pusat itu menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI) yang dibawa khas dari Amerika Syarikat, untuk memberikan rangsangan kepada otak dan saraf.

Azizul yang juga bekas juara dunia 2017, merangkul pingat perak di Olimpik Tokyo semalam selepas memintas juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen sebelum garisan penamat, manakala jaguh Great Britain, Jason Kenny yang memecut awal, berjaya mempertahankan pingat emasnya.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-8-2021 09:47 PM | Show all posts

Pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang. FOTO Bernama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.051702 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list