CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 835|Reply: 2

Penyelidikan, sains sukan bantu kejayaan Azizul

[Copy link]
Post time 10-8-2021 07:32 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Komitmen luar biasa dalam mengumpul data penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menghasilkan WXR-Vorteq berjaya menghadiahkan sebutir perak buat negara di temasya Olimpik, Tokyo.

Pelumba basikal negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikannya pentingnya sains dalam sukan dan teknologi untuk terus memacu kejayaan atlet.

Memiliki susuk tubuh paling kecil dikalangan pelumba di Velodrom Izu, Azizul berjaya menyerap tekanan untuk menakluk dunia dan percaturan Institut Sukan Negara (ISN) menggunakan jentera WX-R Vorteq bernilai RM300,000 dianggap berbaloi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) Ahmad Faedzal Md. Ramli berkata, usaha dan kajian akan diteruskan untuk misi Olimpik Paris 2024.

"Saya gembira melihat pencapaian Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus dan pasukan. Terima kasih kerana menghadiahkan perak pertama negara dalam acara trek berbasikal.

"Terima kasih kepada ketua jurulatih John Beasley yang menjadi tonggak kekuatan kepada pasukan, Harnizam Basri (MSN), Mohd Izham Mohamad (ketua pasukan), Dr Scott Gardner (saintis kanan) dan Mollynica Juanis (tukang urut).

"Juga terima kasih kepada TotalSim. LTD kerana memberi komitmen luas biasa dalam mengumpul ribuan data R&D untuk menghasilkan WXR-Vorteq.

"Berehatlah kerana tugas untuk Paris 2024 akan bermula selepas ini," katanya.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini menyaksikan Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.

Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras, tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Basikal model WX-R Vorteq itu juga sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.

sumber : HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2021 07:34 AM | Show all posts

John Beasley (kanan sekali) bersama staf sokongan yang lain bagi membantu Azizul dan Shah Firdaus sepanjang penyertaan di Olimpik.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 09:08 AM | Show all posts
Hebat. Basikal tu mmg ikut body size dia ya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.332609 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list