CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 830|Reply: 2

OLIMPIK: Program khas buru emas Olimpik bakal dilancar

[Copy link]
Post time 10-8-2021 07:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Misi memburu pingat emas pertama buat kontinjen negara pada temasya Sukan Olimpik diteruskan menerusi Program Khas Olimpik yang akan dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata program berkenaan akan membabitkan tiga kitaran Olimpik bermula edisi Paris 2024, Los Angeles 2028 dan Brisbane 2032 dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diberi peranan lebih besar dalam persiapan atlet negara.

"Sebelum ini ia dirangkumkan dalam Program Podium, sudah sampai masanya selepas saya berbual dan berbincang dengan semua pemegang taruh, perlunya kita ada satu program khas. Ini yang disebut berulang kali dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah MSN (Majlis Sukan Negara).

"Satu program yang 'away' daripada Podium, kita mahu kalau ada sukan yang berpotensi memberi pingat maka ia perlu diberi pemusatan yang lebih.

"Sebelum ini MOM hanya menyediakan peserta (dalam aspek pentadbiran), tetapi sekarang ini saya mahu MOM menjadi rakan kongsi yang sebenar bersama badan sukan lain. Sukan tradisi seperti yang kita sedia maklum sejak 1992 lagi dan sukan serta atlet berpotensi menyumbang pingat akan ada dalam program ini.

"Apa pun, biarlah saya pulang dulu untuk berjumpa dengan semua pihak berkaitan termasuk MOM, MSN, ISN (Institut Sukan Negara) dan badan sukan sebelum kita kembali tawarkan semula kepada rakyat dan maklumkan perjalanan baharu yang akan kita lakukan nanti," katanya pada sidang media mengenai pencapaian kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik 2020 yang berakhir, semalam.

Di Tokyo, kontinjen negara membawa pulang satu perak yang disumbangkan jaguh basikal trek, Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin selain satu gangsa menerusi beregu badminton lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Pencapaian itu mengulangi pencapaian kedua terbaik kontinjen negara di pentas Olimpik selepas edisi 1996 di Atlanta dan 2012 di London. Bagaimanapun, ia gagal menepati sasaran tiga pingat termasuk satu emas yang ditetapkan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Reezal, berkata pihaknya sedar tidak boleh terus melakukan perkara sama tetapi mengharapkan keputusan berbeza bagi memastikan pelaburan yang dilakukan mampu mendatangkan hasil seperti diharapkan.

"Saya akan meneroka model, format dan kaedah (yang baharu). Kalau kita sudah lakukan dulu dengan cara-cara tertentu tetapi tidak mendatangkan hasil yang kita hasratkan atau berjaya tetapi banyak lagi boleh diperbaiki…maka kita perlu ubah.

"Kita tidak boleh lakukan benda yang sama. Seperti yang dikatakan Albert Einstein 'if we doing the 'same thing over and over again, but expecting different results…jadi, kita akan cari kaedah baharu sekiranya yang lama sudah tidak dapat memberi kejayaan," katanya.

sumber : BHarian

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2021 07:56 AM | Show all posts

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. - Foto NSTP/Aswadi Alias.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 10:35 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-8-2021 10:41 AM

buatlah ape yg patutlah untuk jangka  masa latihan 3 tahun ni  untuk Olimpik Musim Panas di Paris2024 ni. Kena auditlah actually untuk pastikan proses yg dikatakan di atas berjalan  dan beraku seperti mana  dikatakan dlaam meeting meeting ( cer rujuk artikel di atas, so dok sebut meeting bincang itu ini hmmm... apa yg depa tak bincang dalam meeting semua bincang  kan....???_) okaylah i bagi benefit of a doubt jugak untuk Paris 2024, seperti yang dikatakan, sekarang audit  penting ...kena audit  badan badan ni.

so , zahiran prestasi ni kena tunggu Paris 2024.

especially dalam diving , memanah,  (saling ni i tatau nak cakap ape lah sbb konsistensi sea games and asian games agak tak tahu).





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.070225 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list