CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1791|Reply: 8

[Dunia] Pekerja taman safari maut dibaham harimau

[Copy link]
Post time 10-8-2021 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Pekerja taman safari maut dibaham harimau

https://www.kosmo.com.my/2021/08 ... ut-dibaham-harimau/

Oleh KOSMO!
10 Ogos 2021, 2:30 pm


Ibarra tidak menyedari bahawa pintu kandang harimau itu terbuka ketika dia ditugaskan mencucinya. - Mirror UK

RANCAGUA, CHILE – Seorang pekerja wanita di sebuah taman safari di Chile maut diserang seekor harimau ketika membersihkan kandang haiwan itu, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Catalina Ibarra, 21, diserang harimau tersebut kerana tidak sedar pintu yang memisahkan haiwan itu dan kandang yang dicuci terbuka.

Ia lantas melompat ke arah Ibarra dan membaham lehernya yang mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian.

Menurut  rakan sekerjanya, Leonardo Maluenda, gadis itu tidak diberitahu bahawa pintu kandang harimau itu  terbuka ketika dia ditugaskan mencucinya.

“Perkara paling logik adalah ketika mereka memberitahu bahawa anda perlu berhati-hati jika mencuci kandang tersebut kerana ada harimau berkeliaran, namun mereka tidak memberi amaran kepadanya (pintu terbuka),” katanya.

Susulan insiden tersebut, pihak pengurusan Safari Rancagua saling menuding jari dengan Pengurus Pentadbiran dan Kewangan, Antonio Rojas mendakwa bahawa sekumpulan pekerja telah membuka kunci kandang harimau itu tanpa mengikut protokol.

Bagaimanapun, beberapa pekerja ketika disoal siasat berkata, kandang tersebut sememangnya telah terbuka dan bukan mereka yang membukanya.

Ibarra yang telah berkhidmat selama dua tahun di taman safari tersebut ditugaskan dengan kerja pembersihan dan penyelenggaraan selain turut menjadi juru pandu lawatan kepada pengunjung.

Tiada satu pun tugasnya yang memerlukannya untuk berinteraksi secara terus dengan mana-mana haiwan di situ.

Insiden itu kini disiasat mengenai kemungkinan terdapatnya unsur kecuaian.

Setakat ini, nasib harimau yang membunuh Ibarra masih tidak dapat dipastikan. – AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
RIP to the deceased.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 05:45 PM | Show all posts
siannya dia. naya je mati buta gitu

Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja2 bahaya camni xde sop ke? Seremnya kena cekau kt tengkuk
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 10-8-2021 05:52 PM
Kerja2 bahaya camni xde sop ke? Seremnya kena cekau kt tengkuk

Ada ja rasanya cuma biasa la manusia, selalu buat kesilapan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 10-8-2021 05:53 PM
Ada ja rasanya cuma biasa la manusia, selalu buat kesilapan.

Kdg2 diorg take for granted sbb dah biasa hari2 buat kerja tu sis, selama ni sibelang dok usha jerr pekerja nih, maklumlah asyik mkn daging frozen, lg pun nature pak belang ni mmg memburu & mkn daging fresh dlm hutan tu, peluang depan mata apa lg.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2021 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih baca
maut ada dimana2
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2021 08:09 PM | Show all posts
Salam takziah, semoga ada pampasan yang diterima kepada keluarga mangasa daripada zoo tersebut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2021 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Deme tak tau ka pintu terbukak? Ke lupa nak habaq pintu terbukak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-9-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.180927 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list