CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 863|Reply: 1

Pasukan MLBB Todak sasar juara MPL

[Copy link]
Post time 12-8-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pasukan permainan Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB) Todak, menyasarkan untuk menyambar gelaran juara Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim kelapan yang akan berlangsung mulai 13 Ogos hingga 3 Oktober ini.

Pengurus pasukan, Mohd Syazlan Mohd Rosdi berkata, Todak menyasarkan untuk menjuarai setiap kejohanan besar MLBB, termasuk musim kelapan MPL itu.

"Kita akan membuat latihan dan persediaan rapi bagi barisan pemain memandangkan terdapat pemain baharu yang akan turut beraksi menjelang musim ini," katanya ketika dihubungi Bernama, baru-baru.

Syazlan yang dikenali sebagai Ashi berkata pasukannya menerapkan latihan intensif bagi pemain baharunya, memandangkan mereka kesuntukan masa dalam menghadapi perlawanan MPL yang bermula esok.

"Latihan mereka adalah dari jam 2 petang sehingga 10 malam, ada hari mereka akan berlatih sehingga pukul 3 pagi kalau ada 'live stream' dari luar negara," katanya.

Sepanjang tujuh musim kejohanan MPL berlangsung, pasukan Todak sebelum ini hanya merangkul gelaran juara pada musim keenam selepas menundukkan pasukan Evos SG pada perlawanan terakhir.

Mengulas penglibatan pasukannya di Sukan Asia 2022 Hangzhou di China yang telah mengesahkan e-sukan dipertandingkan sebagai acara pingat, Ashi berharap dapat melihat anak buahnya beraksi di temasya berkenaan.

"Saya juga mengharapkan pengalaman yang mereka ada semasa bermain di kejohanan antarabangsa ini dapat membolehkan mereka beraksi dengan baik, sekali gus terpilih mewakili Malaysia di Sukan Asia 2022," katanya.

Pasukan Todak musim ini dibarisi oleh Muhammad Danial Mohd Fuad, 20, Zikry Shamsuddin, 22, Wan Usman Wan Imran, 20, Mohamad Farhan Wakiman, 23, Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi, 17, Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman, 19, dan Idreen Bin Abdul Jamal, 21.

Mereka dibantu oleh Muhammad Hazim Firdaus Ismail, 24, selaku penganalisis dan Muhammad Rizwan Abdullah, 26, sebagai penolong pengurus pasukan.

sumber : Hmetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-8-2021 10:24 PM | Show all posts

PENGURUS pasukan Todak, Mohd Syazlan Mohd Rosdi. FOTO Owee Ah Chun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.127725 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list