CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 989|Reply: 2

Ridzuan berdepan saingan sengit di Tokyo

[Copy link]
Post time 13-8-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Laluan berliku menanti pemenang pingat emas Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi apabila turun beraksi di temasya Paralimpik Tokyo hujung bulan ini.

Tidak mudah buat pemenang acara 100 meter (m) bagi kategori T36 mempertahankan pingat emas di Rio dengan usia dilihat menjadi halangan utama buat dirinya.

Namun ketua jurulatih olahraga para negara, R Jeganathan tetap optimis dan berusaha untuk memastikan atlet kelahiran Perlis itu membawa pulang sekurang-kurangnya satu pingat.

"Untuk mengulangi pencapaian tiga emas daripada olahraga di Paralimpik nanti itu adalah satu tugas yang berat.

"Tapi kami dalam sukan olahraga para akan berusaha untuk bawa pulang tiga pingat namun saya tidak berani janji apakah warna pingat itu.

"Untuk Latif (Romly) dan Ziyad (Zolkefli) mungkin tiada ada masalah untuk pertahankan pingat emas tapi untuk Ridzuan susah sikit sebab perlu diingat dia sudah berusia 35 tahun dan perlu berlawan dengan pemegang rekod dunia dari Australia (James Turner)," katanya.

Ridzuan sekadar meraih gangsa di Kejohanan Dunia 2019 di Dubai apabila tewas kepada Turner yang merangkul emas dengan catatan rekod baharu dunia 11.72 saat (s) dan pelari China, Yifei Yang perak, 11.79s.

Malah Turner juga adalah pemenang rekod dunia bagi acara 200m dengan catatan 24.09s.

Bagaimanapun Jeganathan berkata, semangat Ridzuan cukup tinggi dengan atlet itu bersedia untuk memberi yang terbaik dan kini bebas daripada sebarang kecederaan menjelang Paralimpik Tokyo kelak.

Cabaran skuad olahraga negara akan digalas lima atlet terdiri daripada Ziyad (lontar peluru - F20), Latif (lompat jauh - T20) dan Ridzuan (100m - T36), Wong Kar Gee (lompat jauh - T13) dan Siti Noor Lasah Mohamad Ariffin (400m - T20)

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2021 08:20 PM | Show all posts

Mohamad Ridzuan Puzi
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2021 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat yang terbaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 01:20 PM GMT+8 , Processed in 0.058588 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list