CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12001|Reply: 101

Couple desa favourite Cari nikah tahun depan

  [Copy link]
Post time 15-8-2021 05:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by codenamedream at 15-8-2021 05:46 PM

Kuala Lumpur: Penyanyi Sheryl Shazwanie, 24, mengakui dia dan kekasihnya juga penyanyi, Azzam Sham, 24, merancang berkahwin pada tahun depan.

Menurut Sheryl, perancangannya bersama Azzam untuk menamatkan zaman bujang mereka sudahpun dikongsikan buah hatinya itu sebelum ini dan ia bukan rahsia lagi.
Artikel Berkaitan


"Kami pun sudah lama rapat dan kedua-dua belah keluarga merestui hubungan ini. Jadi, sudah sampai masa kami memikirkan untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

"Ikutkan perancangan awal, nak bertunang dulu pada tahun ini. Tapi situasi pandemik Covid-19 yang belum menampakkan tanda reda dan kes jangkitan harian pun masih tinggi, maka kami rancang terus  berkahwin tahun depan," katanya kepada Harian Metro.


Ditanya mengenai tarikh yang sudah dipilih untuk majlis perkahwinan itu, Sheryl berkata belum dapat dipastikan lagi kerana bergantung juga pada situasi semasa pandemik ini.

"Bagaimanapun, jika keadaan Covid-19 ini masih sama juga tahun depan, saya dan Azzam mungkin akan buat majlis nikah dahulu, manakala resepsi pula dirancang kemudian. Kami juga sepakat buat yang wajib iaitu nikah dalam majlis sederhana.

"Memandangkan keadaan wabak ini berlaku sejak tahun lalu, banyak kekangan pergerakan dan arahan prusedur operasi standard (SOP) perlu diambil kira. Jadi, kami sedia maklum nak buat meriah sangat pun tak boleh," katanya.
Mengulas kesediaan dirinya untuk menggalas tanggungjawab seorang isteri, Sheryl berkata tahun depan dia sudah berusia 25 tahun. Katanya, ia adalah usia yang dianggap sesuai bagi wanita untuk berumah tangga.

"Saya sudah bersedia sepenuhnya kerana usia pun makin meningkat. Tahun depan, saya dan Azzam sudah berusia 25 tahun dan kami yakin sudah sampai jodoh untuk bina kehidupan bersama.

"Apapun, semoga segala urusan perkahwinan yang kami rancang ini berjalan lancar. Saya juga berterima kasih kepada semua peminat yang positif menyokong hubungan kami selama ini," katanya.
Terdahulu, hubungan percintaan pasangan selebriti muda ini mula jadi perhatian pada tahun lalu selepas kedua-duanya secara terbuka mengakui mereka sedang menjalin hubungan rapat.

Malah, mereka juga sudah membiasakan dengan panggilan 'sayang' di antara satu sama lain. Bahkan, ketika Azzam menyertai Big Stage musim ketiga dan bergelar juara pada tahun lalu, setiap minggu Sheryl akan muncul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk memberi sokongan.
Sementara itu, dalam kerjaya nyanyian diceburi, Sheryl pernah popular dengan lagu Perasaan dan Jangan Ragu, manakala Azzam pula menerusi lagu Biar Saja dan Cinta Jangan Pergi.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 05:27 PM | Show all posts
Malah, mereka juga sudah membiasakan dengan panggilan 'sayang' di antara satu sama lain.


Perlu ke masuk news jugakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 05:28 PM | Show all posts
Mampos tak kenal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak mencaras takhta JahGossip kah sistahh? Terharu iols berita ni.. Tahniahhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik kaunter pertanyaan pejabat tanah mana ni kat bod gusip
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain menyanyi ada kerja lain tak diorang ni, baru2 kahwin mmg lah seronok kan nanti tapi sampai bila sgt la seronoknya tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-8-2021 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Lamaaaa I berkerut… retis ke nihhh?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka Ada irass...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 15-8-2021 05:32 PM
Nak mencaras takhta JahGossip kah sistahh? Terharu iols berita ni.. Tahniahhh

Tak sistur.  iols perasan couple desa ni beserta wani kayrie + afieq selalu muncul di cari pasal kisah cinta sahaja. Pasal kerja jarang sekali.
Hopefully kisah akan bernikah ini akan jadi good closure untuk sheryl + azzam.
Moga kurang cerita mereka selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sbb kaka x tgk Big stage jd dedua ni kaka nk ckp whoryuss
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:19 PM | Show all posts
huaryus              
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:20 PM | Show all posts
Bukan Azzam nie yg baru pemenang latest Big Stage kan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:21 PM | Show all posts
tiap kali keluar gosip mesti pasal cinta
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hastagaaa, saper depa ni korang?
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kedesaan sungguh
moga berbahagia dan jauh dari mata weols
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka seiras.

Semoga berkekalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-8-2021 06:52 PM | Show all posts
Tajuk thread buat aku masuk sebab nak tau sape kah kapel desa itu..
Tapi ni bukan setakat desa.. Tahap iols tak kenal.. Sorry ek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal pun....

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2021 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread sampah..........
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2021 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu tak pernah dengar
Nama apatah lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.107538 second(s), 53 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list