CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 757|Reply: 1

Naomi niat bantu mangsa gempa bumi Haiti

[Copy link]
Post time 15-8-2021 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Los Angeles: Naomi Osaka berkata dia akan memberikan segala yang diperolehi daripada kejohanan Jelajah WTA Cincinnati untuk membantu mangsa gempa bumi berukuran 7.2 magnitud di Haiti, semalam.

Atlet tenis wanita menerima bayaran paling tinggi itu mempunyai kaitan dengan bencana di negara berkenaan kerana bapanya berasal dari sana.

"Amat sedih melihat kemusnahan yang berlaku di Haiti dan saya rasa kita tidak boleh berdiam diri," tulis Naomi di Twitter.

"Saya beraksi pada kejohanan minggu ini dan saya akan memberikan segala wang kemenangan kepada usaha membantu Haiti.

"Saya tahu hubungan darah nenek moyang kita masih kuat dan kita sama-sama membantu."

Gempa bumi besar itu melanda Semenanjung Barat Daya Haiti semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 304 orang terbunuh dan menyaksikan kemusnahan terhadap gereja, kedai dan sekolah.

Naomi, 23, dilahirkan di Jepun iaitu tempat asal ibunya dan kemudian tinggal di Amerika Syarikat (AS) sejak berusia tiga tahun.

Kejohanan Cincinnati pada minggu ini adalah yang kedua disertai Naomi sejak berehat akibat berdepan dengan masalah kesihatan mental.

Pada kejohanan terakhirnya di Olimpik Tokyo, Naomi dipilih untuk menyalakan kawah Olimpik yang menandakan pembukan rasmi temasya sukan terbesar dunia itu.

Hasratnya untuk memenangi pingat lebur selepas tersingkir pada pusingan ketiga apabila tewas di tangan Marketa Vondrousova yang meraih pingat perak.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 08:38 PM | Show all posts

AKSI Naomi ketika di Olimpik Tokyo. FOTO AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.578879 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list