CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 820|Reply: 1

'Azizul patut tulis buku' - peminat

[Copy link]
Post time 15-8-2021 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Terpesona dan kagum dengan cara penulisan dan penceritaannya di laman sosial, ramai peminat dan pengikut mencadangkan kepada Datuk Azizulhasni Awang supaya menulis buku mengenai kisah peribadi dan liku perjalanannya dalam sukan lumba basikal.

Azizul, yang masih menjalani kuarantin 14 hari sekembali dari Olimpik Tokyo yang mana dia merangkul pingat perak acara keirin, membuat sekurang-kurangnya enam hantaran dalam laman Instagram dan Facebook yang mendapat reaksi positif daripada peminat.

Dalam hantaran itu, dia mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, penaja, kerajaan negeri Terengganu, jurulatihnya John Beasley serta isteri Vicki, pasukan Team Azizul, isterinya Athiah Ilyana Abd Samat, arwah abah Mustafa Ngah, ayahnya Awang Embong dan ibunya Selamiah Yong serta peminat dan rakyat Malaysia yang menyokongnya sejak awal.

Cara penulisan yang bersahaja dan ringkas itu ternyata menyentuh perasaan peminat dan pengikutnya di laman sosial. Pelumba berpengalaman itu mempunyai kira-kira 337,000 pengikut di laman IG dan 128,000 'subscriber' di laman YouTube Azizul Awang.

"Tolonglah bukukan kisah perjalanan The Rocket Pocketman untuk sampai ke tahap ini. Kalau ada pasti beli dan baca," komen seorang pengikutnya @aeraamyra di akaun IG miliknya.

Peminat @nitaswift pula memberi komen: "Kalau Datuk keluarkan buku, saya pasti akan membelinya. Cara penulisan Datuk amat menusuk hati."

"Dah boleh buat buku ni... rupa-rupanya banyak kisah yang kita tak tahu. Al-Fatihah buat arwah abah," tulis @sheyqien66 selepas membaca catatan Azizul mengenai abahnya Mustafa yang kurang diceritakannya sebelum ini.

"Cara penulisan Datuk dah boleh buat buku. Percayalah ia pasti menjadi jualan tertinggi (best seller) sebab jalan hidup Datuk boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia. Tahniah!" komen @ajleaa.

Pelumba itu juga aktif dengan saluran YouTube Azizul Awang yang kini sudah menghasilkan 26 video. Sejak pulang dari Tokyo, dia sempat menyiapkan tiga video mengenai penyertaannya dalam acara keirin yang menghasilkan pingat perak buat kontinjen negara.

Selain pingat perak sumbangannya, Malaysia meraih satu gangsa dalam sukan badminton menerusi beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-8-2021 10:25 PM | Show all posts

AZIZULHASNI bersama pingat emas dimenanginya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.127358 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list