CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1331|Reply: 1

[Kedah] 14 mangsa banjir positif COVID-19 ditempatkan di penempatan sementara

[Copy link]
Post time 19-8-2021 09:16 AM | Show all posts |Read mode
14 mangsa banjir positif COVID-19 ditempatkan di penempatan sementaraOgos 19, 2021 @ 8:21am


Keadaan rumah yang dinaiki air di Kampung Titi Bakong disebabkan fenomena kepala air di kawasan air terjun berhampiran Gunung Jerai. - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





ALOR SETAR: Seramai 14 individu positif COVID-19 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi, Yan selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran banjir dan fenomena kepala air yang berlaku petang semalam.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata selain itu seramai 45 individu yang menjalani kuarantin di rumah turut dipindahkan ke PPS itu disebabkan bencana sama.

"Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Yan telah membuka pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan yang menempatkan 60 mangsa.
"Mangsa yang positif (14) dan kuarantin (45) akibat COVID-19 ditempatkan di SK Teroi. Kedua-dua penempatan dipantau rapi oleh semua agensi berdasarkan prosedur operasi standard yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Muhammad Sanusi berkata, PKOB Yan akan menguruskan tindakan lanjut untuk membantu penduduk yang terkesan dan menyediakan laporan lengkap berkaitan bencana itu dengan segera.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berhampiran termasuk Majlis Daerah Pendang, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Daerah Sik akan digerakkan membantu Majlis Daerah Yan membersihkan kawasan, pemindahan penduduk dan menyediakan keperluan logistik.
Katanya, Syarikat Air Darul Aman pula akan menghantar bekalan air ke kawasan yang terputus bekalan susulan penutupan loji rawatan air di kawasan itu akibat kelodak dan lumpur.

Selain itu, Muhammad Sanusi berkata, bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga dijangka akan diperoleh bagi membantu penduduk yang terjejas.
Sementara itu, beliau berkata sejak semalam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di semua lokasi yang dilaporkan terdapat mangsa yang terperangkap atau hilang dan setakat ini tiga mangsa dijumpai meninggal dunia.

Katanya, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang sehingga operasi ditangguhkan pada 1.05 pagi tadi dan operasi mencari ketiga-tiga mereka disambung semula 7 pagi ini.
Muhammad Sanusi berkata, kerajaan Kedah juga merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan yang masih hilang serta mendoakan mereka selamat.
"Kepada penduduk yang terjejas, diharap mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Penduduk yang diarahkan berpindah perlu berpindah ke pusat pemindahan," katanya. - BERNAMA
Keadaan Banjir di Yan, Kedah. - Foto ihsan pembaca








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh.. Org tua tu pi melawat rupanya.. Meroyan la forumer yg mengata org tua yg bila ckp otak hilang ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054616 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list