CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1215|Reply: 1

Ibu Hamil Jangan Fikir 2 Kali Untuk Ambil Vaksin, Ini Risiko Anda Kena Tahu

[Copy link]
Post time 19-8-2021 10:04 AM | Show all posts |Read mode
Ibu Hamil Jangan Fikir 2 Kali Untuk Ambil Vaksin, Ini Risiko Anda Kena Tahu


SEJAK akhir-akhir ini, kita berhadapan jumlah kes kematian yang tinggi akibat Covid-19.

Tidak kurang juga kematian yang melibatkan ibu hamil. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa ibu hamil
adalah termasuk dalam golongan berisiko seperti bayi dan warga emas.


Menurut pegawai perubatan, Dr Ahmad Samhan ibu hamil mempunyai risiko tinggi dijangkiti Covid-19 kerana
sistem imuniti mereka rendah.

“Ibu hamil jangan fikir dua kali untuk ambil vaksin. Ibu hamil mempunyai risiko 62 peratus lebih tinggi
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding ibu tak hamil.

“Satu dalam lima orang ibu hamil akan mengalami kelahiran pramatang. Risiko jangkitan dari ibu kepada anak adalah sebanyak lapan peratus.

“Mereka boleh mengambil vaksin Pfizer, Sinovac dan Astrazeneca. Vaksin selamat tak kira berapa umur
kandungan. Cuma Kementerian Kesihatan (KKM) sarankan 14 hingga 33 minggu.

“Pastikan ibu hamil amalkan penggunaan pelitup muka berganda bersama faceshield, jaga jarak dan sentiasa basuh tangan dengan sabun atau guna hand sanitizer,” ujarnya.


Sementara itu, menurut Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, antara kesan jangkitan Covid-19 kepada ibu
hamil adalah;

1. Mendapat jangkitan teruk yang boleh membawa maut.

2. Memerlukan bantuan pernafasan dan rawatan rapi.

Bayi pula berisiko tinggi;

1. Kelahiran pramatang iaitu kelahiran secara pembedahan kecemasan bagi membantu rawatan ibu.

2. Mati dalam kandungan.

Kepentingan vaksin kepada ibu hamil;

1. Mencegah jangkitan yang teruk.

2. Mengelakkan kompilasi bayi.

3. Terbukti berkesan dan selamat.

Justeru, jika korang yang sedang hamil tidak perlu teragak-agak untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19.

Walaupun ia adalah pilihan peribadi, vaksinasi adalah langkah pencegahan terbaik yang boleh dilakukan oleh si
ibu untuk menyelamatkan dua nyawa dalam situasi pandemik ini.

Benar, pencegahan itu lebih baik supaya jangkitan yang dialami (sekiranya berlaku jangkitan) tidak menyebabkan kesan yang teruk atau maut.

Sumber:https://sinarplus.sinarharian.com.my

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 10:52 AM | Show all posts
Golongan ibu hamil dinasihatkan untuk pakai double mask kalau keluar dari rumah. Apatah lagi kalau pergi ke klinik/hospital. Utamakan keselamatan diri dan bayi dalam kandungan. Mudah-mudahan Covid-19 ini segera berakhir. Lengkap dua dos vaksin belum tentu selamat, lebih-lebih ada varian Delta. Semoga kita semua dilindungi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.043032 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list