CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 734|Reply: 3

Aktiviti sukan tanpa sentuhan dibenarkan di negeri Fasa 1

[Copy link]
Post time 19-8-2021 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Khabar gembira buat orang ramai apabila aktiviti sukan, rekreasi dan riadah tanpa sentuhan fizikal serta bukan berkumpulan sudah mula dibenarkan bagi negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ini bermakna, orang ramai yang berada di negeri seperti Selangor, Kuala Lumpur,Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Putrajaya sudah boleh melakukan aktiviti sukan namun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah ditetapkan bagi mencegah penularan Covid-19.

Menerusi kenyataan media, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik.

Katanya, kemudahan tambahan sektor sosial itu hanyalah kepada individu yang sudah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri di dalam Fasa satu PPN.

Oleh itu, aktiviti berkenaan dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

"Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah tidak dibenarkan. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

"Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (berseorangan), badminton (berseorangan), golf, permotoran dan seumpamanya.

"Selain itu, Aktiviti yang dibenarkan juga termasuklah perkelahan dan perkhemahan. Penyertaan anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP yang ketat," katanya.

Menurut Muhyiddin, keputusan terbabit adalah berdasarkan perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri berkenaan.

"Data yang dikumpul oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan bahawa setakat ini, kesemua negeri yang dinyatakan mula menunjukkan penurunan bilangan kes bagi kategori 3 hingga 5 apabila liputan dos lengkap vaksin Covid-19 bagi populasi dewasa (18 tahun dan ke atas) melebihi 40 peratus.

"Pada masa yang sama, data daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) bagi Hospital menunjukkan situasi di Jabatan Kecemasan di Lembah Klang juga bertambah baik.

"Contohnya purata pesakit yang menunggu di jabatan kecemasan untuk ditempatkan ke wad pesakit bagi hospital KKM di negeri Lembah Klang menurun," katanya.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2021 08:19 PM | Show all posts

AKTIVITI badminton berseorangan dibenarkan. FOTO Saifullizan Tamadi
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:44 PM | Show all posts
xpdckelate replied at 19-8-2021 08:19 PM
AKTIVITI badminton berseorangan dibenarkan. FOTO Saifullizan Tamadi

nak main dgn siapa kalau sorang? dengan sista vokuru?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Aneh2 betul sekarang ni..bukan ke masa ke bawah 5k pun semua benda tak boleh..bila kes dah cecah 20k..makin banyak yang longgar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.491953 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list