CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 2

[Pulau Pinang] Ultraman bantu edar Jalur Gemilang di SJR

[Copy link]
Post time 20-8-2021 07:34 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Pengguna jalan raya yang melalui sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini teruja kerana menerima Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum karakter adiwira Ultraman.

Selain Ultraman, penyerahan bendera kepada pengguna jalan raya itu turut disertai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong dan Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Dr Haniff Hassan.

Mohamad Syukur Mohd Patthi, 27, yang memakai kostum Ultraman itu berkata, beliau bertindak sedemikian hanya kerana mahu menghiburkan orang ramai termasuk petugas barisan hadapan yang bekerja di SJR di situ.

"Saya 'jadi' Ultraman hari ini untuk bersama-sama mengedarkan bendera kepada orang ramai di SJR ini supaya mereka dapat mengibarkan Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan ini, “ "katanya ketika ditemui selepas mengedarkan Jalur Gemilang pada Khamis.

Sementara itu, Soffian berkata, beliau terkejut dengan kehadiran Ultraman dan langsung tidak menyangka adiwira tersebut akan menyertai mereka untuk menyerahkan bendera kepada orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Beliau berkata, walaupun polis menjalankan tugas pemeriksaan di SJR itu, pihaknya turut mengedarkan sebanyak 200 bendera kepada orang ramai. - Bernama

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... lur-Gemilang-di-SJR
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 07:34 AM | Show all posts

Soffian bersama Mohamad Syukur yang mengenakan kostum karakter adiwira 'Ultraman' pada program penyerahan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya anjuran Jabatan Penerangan Pulau Pinang di sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Georgetown hari ini
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni ada tak yang berani jadik superman seluar ketot di luar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.164523 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list