CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 571|Reply: 1

Hantar barang bersama Liu Ying

[Copy link]
Post time 20-8-2021 08:26 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: "Mau kerja tak?" terpampang iklan mencari kerja dengan gambar besar pemain badminton profesional negara Goh Liu Ying dalam laman Instagram miliknya.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini, ramai yang sudah kehilangan pekerjaan dan tawaran itu pasti menarik perhatian serta ditunggu-tunggu peminat mahupun warganet untuk mencari sesuap nasi.

Liu Ying, yang menjadi duta tadaGO menulis: "Jom jadi rider (penunggang) tadaGO!!! Motosikal, kereta, basikal, skuter, van semua pun boleh! Jangan lepaskan peluang ini."

Mereka yang berminat boleh menyertai syarikat penghantar barang itu yang menyatakan mereka sudah mendapatkan khidmat hampir 100 penunggang atau pemandu dan akan diberikan latihan secara atas talian.

Menariknya, penghantar barang tadaGO yang berjaya tidak perlu membayar yuran pendaftaran seperti sesetengah syarikat pesaing, menerima gaji setiap minggu, kerja ikut masa sendiri, diberi bonus prestasi dan mengumpul mata untuk ditukarkan kepada wang tunai.

Mereka juga akan diberikan insurans percuma, kemeja-T dan pelitup muka bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan.

Liu Ying, yang memenangi pingat perak acara beregu campuran bergandingan dengan Chan Peng Soon pada temasya Sukan Olimpik Rio 2016, meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hujung 2018 untuk bergerak secara profesional.

Bagaimanapun, pada temasya Olimpik Tokyo baru-baru ini, mereka gagal bertindak cemerlang apabila bungkus lebih awal selepas kalah semua tiga perlawanan peringkat kumpulan di tangan beregu Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet, Mark Lamsfuss-Isabel Herttrich dari Jerman dan pemenang pingat emas Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-8-2021 08:27 PM | Show all posts

LIU Ying menjadi duta tadaGO. FOTO Goh Liu Ying
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.156972 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list