CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 683|Reply: 1

Abu Samah harap tuah undian

[Copy link]
Post time 21-8-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Atlet tenis kerusi roda negara, Abu Samah Borhan kini sudah bersedia sepenuhnya untuk beraksi di pentas paralimpik Tokyo dengan sasaran yang diletakkan adalah mara ke kelompok 16 terbaik.

Sasaran itu adalah satu yang realistik berdasarkan kedudukan terkini dengan dia kini menghuni ranking ke-42 dunia dan jika diizinkan pastinya mahu terus melangkah lebih jauh daripada itu.

Justeru Abu Samah berharap, undian pada penampilan keduanya di pentas Paralimpik akan memihak kepadanya untuk dia melangkah lebih jauh berbanding kali pertama beraksi di Rio lima tahun lalu.

"Ketika di Rio, saya tewas di pusingan awal kepada pemain yang menduduki ranking ke-13 dunia jadi saya tidak dapat bermula dengan momentum yang baik.

"Kali ini saya mengharapkan undian yang lebih baik, jika di Rio dulu saya berada di ranking ke-68 dunia dan kali ini berdasarkan ranking semasa iaitu ke-42 selepas pulang dari Turki April lalu, saya perlu realistik bila bercakap mengenai peluang untuk pingat.

"Tapi saya tidak pernah berputus asa. Saya sentiasa mencuba dan berharap undian nanti akan memihak kepada saya bagi membolehkan saya terus melangkah lebih jauh di Tokyo nanti.

"Semangat saya kali ini lebih tinggi berbanding ketika kali pertama beraksi di Rio yang mana ketika itu saya beraksi atas tiket wild card tapi kali ini saya layak beraksi di Tokyo atas merit.

"Lima tahun saya menunggu aksi ini, akhirnya tiba masanya, pasti saya tidak sabar untuk beraksi dan memberi segala yang boleh kepada negara dan juga diri sendiri," katanya.

Mengakui terjua untuk beraksi terutama apabila melihat sudah ramai atlet yang tiba di Tokyo, dia kini berada bersedia sepenuhnya untuk menghadapi cabaran di Paralimpik Tokyo.

Dibekalkan kerusi roda baru sejak tahun lalu, atlet kelahiran Perak itu mengakui teknologi dari Jepun itu banyak membantunya dari segi pergerakan yang membolehkannya bergerak lebih pantas ketika membuat pukulan balas.

Pada aksi di Rio, Abu Samah, 36, tewas kepada pemenang pingat perak, Alfie Hewett dari Great Britain, dengan keputusan 0-6 dan 1-6,

"Matlamat utamanya kali adalah memperbaiki pencapaian sebelum ini. Kali ini saya layak secara merit tapi saya nak buktikan saya mampu untuk pergi lebih lagi dari segi permainan.

"Daripada 64 terakhir itu saya nak berada dalam 16 terakhir dan sekiranya di beri keizinan dari Allah, mungkin boleh pergi hingga ke suku akhir, tapi sasaran secara peribadi saya tak nak letakkan ia terlalu tinggi," katanya.

HMetro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2021 07:57 PM | Show all posts

ABU Samah Borhan. FOTO Aswadi Alias
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.055156 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list