CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

Eksport gula naik, MSM kembali raih untung

[Copy link]
Post time 25-8-2021 06:03 PM | Show all posts |Read mode
Eksport gula naik, MSM kembali raih untung


Gambar fail. - NSTP/ASWADI ALIAS.

KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) mencatatkan keuntungan bersih RM13.47 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2021 berbanding kerugian bersih RM21.55 juta bagi suku yang sama tahun lalu.

Pendapatan mengukuh sebanyak 23.5 peratus kepada RM554.10 juta berbanding RM448.74 juta sebelum ini, demikian menurut MSM dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut MSM peningkatan premium bagi industri itu dan segmen eksport gula bertapis membantu meningkatkan pendapatan kumpulan dalam suku yang ditinjau.

"Kumpulan berjaya mengekalkan prestasi mampan meskipun mengalami beberapa kekangan operasi, diperkukuhkan lagi dengan margin dan penggunaan kapasiti yang lebih baik, serta kos kewangan yang lebih rendah," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Syed Feizal Syed Mohammad berkata penutupan sementara telah menyebabkan jumlah penghasilan produk-produk nilai tambah untuk tujuan eksport berkurangan termasuk gula cair, pra-campur dan sirap halus.

"Bagaimanapun, pendapatan bagi eksport gula bertapis telah meningkat sejajar dengan 60 peratus pertambahan dalam jumlah jualan susulan pembukaan semula sempadan," katanya.

MSM menyatakan kos penapisan bagi tempoh suku kedua 2021 adalah lebih rendah berbanding tahun sebelumnya, ekoran kos bahan pembungkusan yang lebih rendah dan pengurangan kos bahan bakar susulan semakan semula tarif gas.

Pada masa hadapan, Syed Feizal berkata pertumbuhan pada separuh tahun kedua akan turut dipacu oleh harga dan jumlah jualan yang lebih kukuh untuk segmen domestik selain prospek pasaran eksport yang menggalakkan.

"Kami menjangkakan 10 peratus pertumbuhan dalam jumlah jualan domestik dan syarikat telah menjamin kontrak eskport sebanyak 65 peratus daripada sasaran awal sebanyak 350,000 tan untuk tahun kewangan 2021," jelas Syed Feizal.

Beliau menambah kelonggaran sekatan secara berperingkat bagi negara-negara di sekitar rantau dijangka merangsang permintaan dan meningkatkan jumlah eksport.

– Bernama

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.062300 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list