CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 766|Reply: 1

Pacquiao sedia balas dendam

[Copy link]
Post time 26-8-2021 08:19 PM | Show all posts |Read mode
Los Angeles: Manny Pacquiao tidak menolak kemungkinan bertarung semula dengan juara WBA, Yordenis Ugas selepas kekalahan mengejutnya kepada petinju Cuba itu minggu lalu.

Pacquiao, 42, berkata di laman web The Athletic, dia sedia menimbangkan untuk menentang Ugas pada Januari depan.

"Ya, saya boleh kembali bertarung pada Januari. Saya akan melihatnya dahulu,'' kata Pacquiao. "Saya tahu saya boleh menentangnya semula jika saya mahu. Saya hanya perlu memberitahu Al Haymon (promoter). Ia tidak menjadi masalah.''

Selepas tamat aksi sengit pada Sabtu lalu, Ugas yang berusia 35 tahun sedia menawarkan juara dunia lapan divisyen itu pertarungan semula.

Pacquiao sebelum ini berkata dia mungkin bersara selepas tewas kali kelapan dalam karier profesionalnya sepanjang 26 tahun.

Tetapi menurutnya kepada The Athletic, dia sedia menimbangkan tawaran Ugas selepas tidak puas hati dengan cara kekalahannya itu.

"Saya akan memikirkannya kerana sukar dipercayai kerana dia sepatutnya antara lawan paling mudah pernah saya tentang,'' kata Pacquiao yang turut mendakwa kekejangan kaki antara punca kegagalannya dalam pertarungan itu.

"Dia sepatutnya tidak menyentuh saya. Apabila saya bergerak ke sini (sebelah kanan), saya rasa tiada apa-apa. Anda tahukan pergerakan saya dan anda dapat melihatnya banyak kali. Kaki saya terhenti.''

HMetro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2021 08:19 PM | Show all posts

PACMAN terima tawaran Ugas.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.114307 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list