CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 3

[Sarawak] STA sokong usaha JHS dan agensi berkaitan tangani insiden longgokan balak di Sun

[Copy link]
Post time 28-8-2021 03:39 AM | Show all posts |Read mode
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1267235


https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1268172




KUCHING: Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) menyambut baik usaha Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan agensi berkaitan yang melakukan pengesahan awal tanah dan pengawasan udara membabitkan insiden longgokan serpihan kayu balak di Sungai Baleh, Kapit baru-baru ini.

Menurut STA, usaha berkenaan sekaligus mengesahkan bahawa kejadian itu adalah disebabkan oleh serpihan kayu yang ditolak ke sungai dan terkumpul di tapak empangan hidroelektrik Baleh susulan hujan lebat berpanjangan.

Menurutnya juga, insiden ini telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak dan individu atau entiti yang dipersalahkan adalah syarikat kayu yang menjalankan operasi penuaian balak serta mempunyai Lesen Kayu Hutan di kawasan tangkapan Baleh, hulu bendungan Baleh.

“Sehubungan itu, STA berterima kasih kepada JHS dan agensi berkaitan yang melakukan pengesahan awal tanah dan pengawasan udara membabitkan insiden tersebut serta mengesahkan bahawa kejadian itu adalah disebabkan oleh serpihan kayu yang ditolak ke sungai dan terkumpul di tapak empangan hidroelektrik Baleh susulan hujan lebat berpanjangan,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

STA juga menegaskan bahawa operasi penuaian balak di Baleh Catchment hanya dilakukan setelah mendapat persetujuan dari JHS dan selepas permit dikeluarkan.

Di samping itu, STA juga berpendapat terdapat keperluan untuk menonjolkan perbezaan antara pembalakan saki-baki dan pembalakan selektif.

Pembalakan saki-baki menurutnya, diluluskan oleh pihak tertentu untuk meminimumkan kehilangan kayu komersial di kawasan yang bakal tenggelam.

“Justeru, STA menekankan bahawa pembalakan saki-baki hanya dilakukan untuk projek yang diluluskan oleh Kerajaan seperti pembangunan empangan hidroelektrik.

“Pembalakan ini bukan merupakan amalan kebiasaan dalam penuaian normal yang membabitkan pembalakan selektif dan STA ingin menegaskan bahawa anggota STA berusaha sedaya upaya untuk menguruskan hutan di kawasan konsesi mengikut piawaian antarabangsa,” tegasnya lagi.

Menurutnya juga, STA terkesan dengan gambaran negatif industri hutan susulan kejadian ini dan kesannya terhadap reputasi industri hutan, apatah lagi apabila ia mengakibatkan kehilangan pekerjaan yang seterusnya akan mempengaruhi kehidupan rakyat Sarawak.

“Melihatkan keadaan ini, STA menggesa semua pihak berkepentingan untuk terlibat dan menyumbang secara kolektif dalam mengatasi cabaran tersebut.

“STA juga menyokong penuh keputusan Kerajaan Sarawak yang membentuk jawatankuasa pasukan khas untuk melakukan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu dan mencari jalan penyelesaian untuk meminimumkan risiko kejadian itu berulang pada masa akan dating,” ujarnya.

Tambahnya lagi, STA akan memberikan kerjasama untuk membantu Kerajaan Sarawak mengurangkan masalah dengan menjadi sebahagian daripada pasukan petugas tersebut.


Hafizah Abdul Hamid

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2021 03:43 AM | Show all posts
senang cita ... sebab pembalakan...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2021 01:38 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-8-2021 07:43 PM
senang cita ... sebab pembalakan...

yalah.. last2 ketahuan juak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2021 07:14 PM | Show all posts
Vellfire replied at 28-8-2021 01:38 PM
yalah.. last2 ketahuan juak
daripada nak tunding jari sini sana ...
baik sama2 buat pembersihan ...
sungai pun kemain keladak warna tanah kuning ...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.515263 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list