View: 708|Reply: 1
|
Ashleigh teruja bersaing di Terbuka AS
[Copy link]
|
|
New York: Pemain ranking utama, Ashleigh Barty menemui persembahan awal konsisten dan merangkul lima kejuaraan tahun ini, sekali gus memberikan bintang Australia keyakinan tinggi menjelang saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Pemain berusia 25 tahun dari Brisbane itu mengecualikan saingan tahun lalu kerana Covid-19 dan berada di rumah sejak awal tahun ini, tetapi merangkul kejuaraan di Melbourne, Stuttgart, Miami dan mahkota kedua Grand Slam di Wimbledon.
Tambahan pada trofi minggu lalu di Cincinnati sebelum kejohanan Terbuka AS akan datang dan agak mudah untuk memberi agakan bahawa pemain pilihan utama itu bakal mengintai peluang merangkul mahkota utama ketiganya apabila kejohanan di New York bermula Isnin ini.
"Perjalanan saya tahun ini cukup menakjubkan," katanya.
"Ia sangat luar biasa. Sekalipun ada berdepan detik sukar, ia menjadikan keseluruhan masa lebih menggembirakan.
"Kami mengharungi detik yang menggembirakan. Kami cuba bergelut setiap hari, ketawa, tersenyum, memastikan kedudukan kami dengan baik. Kami semakin selesa dengan apa yang kami gemar lakukan. Kami terus bermain tenis."
Tempoh rehat ternyata membantu melakar kejayaan dan ia menjadi pencapaian yang baik dalam karier seterusnya memberi lebih keyakinan buatnya.
"Secara mudahnya. Gembira bersama tenis, beraksi di sana dan bermain dengan bebas." kata Ashleigh.
HMetro
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pemain Australia, Ashleigh Barty. FOTO Agensi |
|
|
|
|
|
|
| |
|