CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2885|Reply: 14

[Borneo] Lelaki bergelang putih bawa kanak-kanak sedang demam beli makanan

[Copy link]
Post time 30-8-2021 02:26 AM | Show all posts |Read mode
Terbaca berita ni ... membuat FC terfikir .. andai kita berada di tempat lelaki tersebut ...
apa kita akan buat ...?

Pendapat korang ...?


Butterworth: Pelayar Facebook hari ini mengecam tindakan seorang lelaki yang memakai Gelang Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) berwarna putih apabila dia dirakam keluar membawa kanak-kanak yang dipercayai sedang demam untuk membeli makanan di restoran makanan segera di Bagan Ajam, di sini.

Kecaman itu berikutan tular beberapa keping gambar lelaki berkenaan yang dirakam meletakkan pelitup muka di dagu sedang menunggu pesanan makanannya siap dalam kenderaannya itu.

Lelaki yang memandu kereta jenis Proton Saga itu dilapor masuk ke kawasan pandu lalu restoran untuk memesan makanan.

Manakala, di bahagian tempat duduk hadapan kereta berkenaan, terdapat juga seorang kanak-kanak yang pada dahinya ditampal gel penyejuk badan dipercayai sedang demam.

Warganet yang melihat gambar tular itu menyifatkan tindakan lelaki terbabit adalah tidak bertanggungjawab kerana perlu menjalani kuarantin di rumah tetapi keluar ke tempat awam.

Namun, terdapat juga segelintir warganet yang menyuarakan rasa simpati yang dakwa mereka lelaki itu berkemungkinan terpaksa keluar berikutan tiada kenalan atau keluarga yang boleh membantunya membeli makanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata, polis sudah mengenal pasti lelaki terbabit.

"Kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan siasatan ke atas lelaki itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2021 02:28 AM | Show all posts
Tak tau apa alasan lelaki tu ...

Kalau FC ... order jer makanan dalam talian ... sekarang ni bukan macam dulu2 ... sekarang ni berlambak yang menjual dalam talian ... boleh minta tinggal kan depan pintu ...


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandangkan saya dah pernah kuarantin lebih drp hari yang sepatutnya, sebahagian perasaan saya bersimpati dengan lelaki ni. Mode simpati: Mungkin dia tiada pilihan lain? Anak demam tak selera makan benda lain.. Nak yang tu je kot. Ahli keluarga lain xde maybe tinggal jauh. Dorang cuma tinggal berdua, mungkin bini ditahan dekat hospital. Time kuarantin ni la orang takut lalu rumah sebenarnya. Mcm jiran kami, semenjak kami bagitahu kami kuarantin, tak pernah dah buka pintu dapur. Biasanya pagi dan petang sentiasa buka. Tp kitorang faham jer keadaan jiran tu sbb dia tgl sorang. Bujang lg dan ada masalah kesihatan. Dia kena waspada lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Susah nak cakap sebab tak tahu apa keaadaan dia yg sebenar. Ada yg husnuzon dengan alasan alasan yg tersendiri. Ada yg komen negative juga ada alasan alasan mereka sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 07:14 PM | Show all posts
crossline replied at 30-8-2021 05:25 AM
Tapi sis, ada juga yg masih tak reti guna apps2 tu, atau mungkin area dia tak masuk dlm coverage d ...
tak tau kat Sjung camne ...
kalau sini ...

pakai gelang ... KKM akan hantar bekalan makanan ...

mungkin tak semewah mana ... tapi mencukupi untuk 3 hari gtu ... sebab selang 3 hari akan ada bantuan lagi ...

Ada je dpn mata meols ni yg pakai gelang pink merayau2 sebab degil..gi rmh meols pulak tu...

FC baca jer dah geram ....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2021 07:22 PM | Show all posts
Olumis replied at 30-8-2021 08:05 AM
Memandangkan saya dah pernah kuarantin lebih drp hari yang sepatutnya, sebahagian perasaan saya bers ...
Ha`ah mungkin anak tu tak selera nak makan menda lain ... nak tu juga ...
Tapi...
jika kita "setuju" dengan alasan ni... risau juga makin ramai yang akan menggunakan alasan yang sama ...
lebih merisau kan lagi jika tinggal kat flat ...

Time kuarantin ni la orang takut lalu rumah sebenarnya. Mcm jiran kami, semenjak kami bagitahu kami kuarantin, tak pernah dah buka pintu dapur. Biasanya pagi dan petang sentiasa buka. Tp kitorang faham jer keadaan jiran tu sbb dia tgl sorang. Bujang lg dan ada masalah kesihatan. Dia kena waspada lebih.

yang ni FC faham sesangat ... bertabah lah ...

alhamdulillah Olumis dan keluarga dan bebas dari kuarantin ... jager diri bebaik yer ...


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2021 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 30-8-2021 07:14 PM
tak tau kat Sjung camne ...
kalau sini ...


Oh bagusnya kat Sarawak kkm hantar supply makanan. Wish it happen also to in Peninsular. Ini tindakan kkm yg sgt penting. Providing support system pd yg dikuarantin. Jadi xde alasan utk kluar rumah kecuali pegi buang sampah tepi gate je.

Kat Sarawak, kesihatan adalah kuasa autonomi negeri. Dlm hal ni, kuasa autonomi Itu digunakan dgn baik dan efficient.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 09:44 AM | Show all posts
fatinandreanna replied at 31-8-2021 06:59 AM
Oh bagusnya kat Sarawak kkm hantar supply makanan. Wish it happen also to in Peninsular. Ini tinda ...
Adik FC pernah kena kuarantin diri selama 2 minggu , contact rapat staff seopis ...

dia dok sensorang sebab kerja kat daerah tu ... takde sapa

selepas kena swab dan di suruh kuarantin diri ... dia dapat col dari Pihak KKM minta alamat sebab nak hantar bantuan kat dia ...
ada la beras , gula , biskut2 , mee ... makanan dalam tin ... teh , kopi ...

adik bgtau la yang hantar bantuan tu ... "camne nak masak...? takde dapor ..."
haha ternganga jugak la yang hulur bantuan tu ...
orang tu col sapa ntah ...
tak lama pastu datang package nasik dan lauk... mungkin sebab dah petang ... tu dier rang kesian juga kot ...
adik bagi balik beras sebab adik kata memang tak leh nak masak ...

dier rang balik dan bgtau ... kalau ada pa2 ... wasap jer dier rang ...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 10:00 AM | Show all posts
Aku semalam dapat noti kat mysj status dah tukar kasual kontak tak bergejala dapat masa aku check in kat speedmart maknanya dalam tu ada yang positive tengah merayau2 beli barang lah kan. Certain tempat sebelum masuk dia akan check status mysj kita if kau low risk je dia bagi masuk so agak secure di situ. Ni speedmart mana ada nak check bagai, scan jah kat depan pintu tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 10:08 AM | Show all posts
hashashes replied at 31-8-2021 10:00 AM
Aku semalam dapat noti kat mysj status dah tukar kasual kontak tak bergejala  dapat masa aku  ...
semalam kawan pun ada tanya FC ...

status dia bertukar menjadi kontak kasual pula ...

FC bgtau dia ... mungkin yang pernah scan dalam memana kedai yang dia pergi tu ... dah d sahkan +ve

tu yang sesapa yang ada scan kat kedai yang sama ... akan dapat notis tu ...

masalah nya ...
yang buat scan dapat notis ...
camne pula yang takat tulis nama dan no.hp...?


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 10:14 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 10:08 AM
semalam kawan pun ada tanya FC ...

status dia bertukar menjadi kontak kasual pula ...

Allahu pastu kawan fc ok tak? Kalau dah tukar status kontak kasual tak bergejala ni status tu Akan stay 10 hari dalam Mysejahtera and hari2 kena Jawab assessment from KKM dia tanya ada simptom batik, sakit tekak, selsema ke tak. Doa kan ye aku takde pape dah la tengah mengandung ni pergi speedmart nak beli pampers anak je kejap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 10:27 AM | Show all posts
hashashes replied at 31-8-2021 10:14 AM
Allahu pastu kawan fc ok tak? Kalau dah tukar status kontak kasual tak bergejala ni status tu Akan ...
kawan ok takat ni...
dia pun terpinga2 jugak ...
kedai mana satu yang kena kata nya ...? kurang-kurang bagi la notis kan ... kedai mana satu ...

sebab ye la ... dia kata dia masuk banyak kedai juga sebab nak beli untuk seminggu ... pikir mengelak ramai kuar ahad ... dia pergi la semalam ...

Semoga sentiasa dalam lindungan Allah ...aamiin ...
jangan pikir sangat ... nanti down jadi nya ... jaga kesihatan tu haaa ...
minum air suam ... minum air lemon ... pun kena bersederhana ... jangan berlebihan ... kang jadi lain lak...

jangan risau sangat k...
take care ...




Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 09:44 AM
Adik FC pernah kena kuarantin diri selama 2 minggu , contact rapat staff seopis ...

dia dok sen ...

Saya rasa yg support system mcm adik FC terima Ni paling penting dlm kuarantin di rumah. Utk memastikan mereka yg dikuarantin patuh.

Adik FC bujang ye? Normal la tu xde dapur. Jadi kkm hantar kan pek makanan siap masak utk adik  FC ye. Bagusla tu. Sambil pantau kesihatan sekali.

Sedangkan yg ada dapur pun bukan semua ada peti ais. Ini kan lagi standby makanan utk 10,14 hari incase kena kuarantin. Pun bukan semua mampu dlm keadaan sekarang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2021 04:50 PM | Show all posts
fatinandreanna replied at 8-9-2021 09:46 AM
Saya rasa yg support system mcm adik FC terima Ni paling penting dlm kuarantin di rumah. Utk memas ...
Ha`ah bujang lagi dia ... tengah buat praktikal sebenar nya ... dan awal nya erm... dia tinggal kat rumah sedara jauh...
tapi...
bila dapat tau staff seopis adik ni positive ... dan adik kena kuarantin diri selama 2 minggu ...erm... sedara pun tak jadi sedara lagi... lebihkurang gtu lah ...
adik d suruh cari tempat lain ... petang tu juga selepas adik kena swab ...

col KKM Kuching ... semua penuh ... tempat kuarantin dan hotel untuk kuarantin ... yang menyahut tu kata... apa masalah nya kuarantin kat rumah sedara tu...? kalau nak takut ... dah seminggu2 tu sama serumah ...tinggal situ jer la kata nya ...

tapi yer lah ... bila hati dah terasa ...
adik kata dia tinggal kat rumah kawan dia yang baru d beli ... tengah renovate ... ada air ... elektrik takde ... dan kawan dia ngah usaha kan supaya bekalan letrik ada ... di henti kan sebab buat renovate.
Alhamdulillah 3 hari selepas tu ... ada letrik ...


tu yang jadi nya ... rumah tu langsung takde apa2 ... sebab kawan adik baru beli...
dan alhamdulillah ... selama kuarantin tu la ... ramai yang tau ... hantar makanan siap dah d masak untuk dia ...

Sedangkan yg ada dapur pun bukan semua ada peti ais. Ini kan lagi standby makanan utk 10,14 hari incase kena kuarantin. Pun bukan semua mampu dlm keadaan sekarang.
kan ...
sebab tu FC suka sangat bila baca berita camni bawah ni :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1270168

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 04:50 PM
Ha`ah bujang lagi dia ... tengah buat praktikal sebenar nya ... dan awal nya erm... dia tinggal kat ...

Kesian adik FC. Saya peranti kan, covid ni byk memecahbelahkan family, kawan & masyarakat. Dgn provac vs antivax. Yg kes +ve, kuarantin kena pulau. Org pandang mcm hantu. Di sini saya perhatikan, not everybody being supportive selagi tak kena kat diri sendiri.

Saya ingat lagi masa pkp 1.0, siapa yg affected dgn covid being stigmatized. Very badly. Dipanggil superspreader and such. Dan saya terfikir ada tak antara diorg yg being stigmatized ni diangkat doanya oleh Tuhan supaya yg mencerca tu kena &  faham apa yg earlier patient ni lalui. Therefore being more understanding & sympathize with victims. Of course nowadays, masyarakat kita lebih terbuka & memahami bila dah ramai sekeliling atau org dikenali affected.

Mmg ada kes patut kena cerca. Tapi yg kena tempias mcm adik FC tu mmg xpatutla dibuang saudara. Sbb adik FC & seofis yg lain dah jalankan tanggungjawab pegi swab test & kuarantin sebagai langkah berjaga2. Bukan buat xtau, diam2.

Kat sana, hotel kuarantin mesti yg di approved by kkm ye? Mungkin dah ada keperluan utk kkm Sarawak tambah bilangan hotel kuarantin. Kat sana varian delta dah start dominant kan?

Alhamdulillah kawan adik FC tolong. Mmg susah nak kuarantin dirumah bila tuan rumah pun dah xsudi kita ada situ. Sbb kita xboleh kluar bilik. Food, sampah baju sikuarantin semua yg diluar bilik kena cooperate tolong uruskan.

Tapi xmengapalah. Tuhan permudahkan dgn org lain & even kkm provide support system time adik FC memerlukannya.  

Link yg FC bagi. Mmg ia berita bagus, penting dan kritikal. Ini sgt diperlukan. Sbb tu saya xberapa nak cerca org time kuarantin kluar beli mknn. Probably they have nobody to do that for them. Kena selidik dulu. Klu benda yg FC tunjuk ni ada kat semua tempat kan bagus. Xde la org risau mcmana nak survive kuarantin. Itu blum lagi klu time kuarantin tu positive.

Sorry ya posting panjang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.278585 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list