CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 14

Sami Dan 3 Lelaki Rogol, Bakar Mayat Budak 9 Tahun Berdepan Hukuman Mati

[Copy link]
Post time 30-8-2021 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Sami dan tiga lelaki di India dihadapkan di mahkamah atas tuduhan merogol dan membunuh kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.


Menurut polis India, kes membabitkan penganiayaan terhadap kanak-kanak dari kasta rendah itu mencetuskan tunjuk perasaan di New Delhi selama beberapa hari.


Mangsa didakwa diserang sami berusia 53 tahun itu bersama tiga individu selepas dia mengambil air di sebuah krematorium, 1 Ogos lalu.




Kredit foto: Bloomberg




Empat lelaki itu yang menjadi tahanan sejak penahanan mereka awal Ogos lalu berdepan hukuman mati.


Ibu kanak-kanak itu sebelum ini memberitahu polis, lelaki berkenaan memanggil mangsa ke lokasi kejadian dan mendakwa anaknya terkena renjatan elektrik.


Mereka turut mengugut wanita itu, jika kejadian dilaporkan ke polis, doktor yang melakukan bedah siasat akan mengambil organ dan menjualnya.


Mayat budak kemudian dibakar, sebelum ada penduduk tempatan campur tangan dan sempat menarik sebahagian tubuh mangsa dari tempat pembakaran.


Menurut data Biro Rekod Jenayah Kebangsaan, kira-kira 90 kes rogol gadis dan wanita dilaporkan setiap hari pada 2019 dengan sebilangan besarnya tidak dilaporkan.


Aktivis mendakwa, serangan dan penganiayaan terhadap komuniti Dalit di India meningkat sejak bermulanya pandemik Covid-19.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ginilah kehidupan berkasta
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya bdk tu hdup bkasta, mentaliti pulak hmmmm. kesian ank2 & perempuan kt sana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab 1 punya sami dan sekutunya. Gila s3ks! Iols harap heols pun dibakar hidup2. Ahhh iols ta boleh kes2 melibatkan kanak2 nieyh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk pun tau dah kat mana
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kannnn...
Walaupun kasta tu deme kata dah abolished
Tapi mentaliti beratus tahun takkan senang ubah punya
Macam shiyalllll budak pun ko nak penaya
Moga korang dibakar hidup2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
i ingat sami ni utk buddha jer..kalau hindu pgil sami jgk ye
kesian la..xtau la org sana..pindah la semua perempuan..xbest langsung dk india..kotor n berdebu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 04:08 PM | Show all posts
any42 replied at 30-8-2021 10:22 AM
Kesiannya bdk tu  hdup bkasta, mentaliti pulak hmmmm. kesian ank2 & perempuan kt sana.

depa kata kasta dah tak wujud dalam masyarakat india moden ... kepala otak depa la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam masyarakat Melayu moden pula, kehidupan berkasta sudah mula diamalkan secara meluas dengan mendapat restu pihak berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian nya kat budak tu.. Hareyy punyaa perangaii tok sami
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
manzilla replied at 30-8-2021 04:27 PM
Dalam masyarakat Melayu moden pula, kehidupan berkasta sudah mula diamalkan secara meluas dengan men ...

Setuju.
Pengkastaan makin meluas. Yg miskin kekal miskin.......kasta tinggi melonggok harta.  Kasta rendah asyik mendewakan puak2 kayangan
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
apa nk.jadi dgn dunia kita ni
kesian budak.tu
nk baca pn rasa sakit hati
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Binatang nya manusia2 tu sume. Moga dihukum mati.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada dokumentari tunjuk kt sana masa satu festival ‘pilgrimage’ ni mcm kita gi haji la lbh kurang, ada tunjuk tok2 swami depa ni yg aku xtau la tahap trance keberapa dah, geli siot nampak kotor pastu ada yg jenis bersila dalam keadaan bugil.. eh halo kau dah kenapa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2021 09:30 AM | Show all posts
dah tak dapat bezakan berita di negara asal usul atau di malaysia. perangai serupa jah. RIP mangsa yang diliwat 12 jam di taman seruling emas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 2020 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5
Amalan  - Nisfu Syaaban -
TTun_TejaAmalan - Nisfu Syaaban -
Views : 10206 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.260978 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list