CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1470|Reply: 9

Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia

[Copy link]
Post time 30-8-2021 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 30-8-2021 12:51 PM

Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia


Bernama
Ogos 30, 2021 11:44 MYT


Atlet powerlifting paralimpik negara, Jong Yee Khie melakukan angkatan seberat 237 kilogram (kg) bagi kategori 107 kg pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Tokyo International Forum hari ini. - fotoBERNAMA

TOKYO: Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo, di sini, hari ini.


Walaupun tidak berjaya dalam percubaan pertama dengan angkatan seberat 230kg, beliau kembali bangkit untuk mengesahkan pingat perak dalam percubaan keduanya, dengan angkatan seberat 237kg.

Bagaimanapun, pendandan rambut dari Batu Kawa berusia 32 tahun itu, kemudian tidak berupaya untuk memperbaiki angkatan itu selepas gagal dalam percubaan ketiga dan juga terakhirnya iaitu 245kg.


Kejayaan Yee Khie itu bermakna, beliau dapat menebus kekecewaan selepas sekadar menduduki tempat ketujuh bagi kategori 97kg, ketika membuat kemunculan pertamanya di Rio 2016.


Ini merupakan pingat kedua diraih kem powerlifting negara, selepas Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding bagi kategori lelaki 72kg, mencipta sejarah menjadi atlet pertama merangkul emas buat kontinjen negara, pada temasya berprestij itu Sabtu lepas.


Bonnie bukan sahaja meraih emas, malah turut memecahkan rekod Paralimpik selepas mengangkat bebanan seberat 228kg dan sekali gus memadam rekod terdahulu milik Rasool Mohsin dari Iraq dilakukan di Rio 2016 iaitu 227kg.


Sementara itu, aksi yang berlangsung di Tokyo International Forum hari ini menyaksikan pingat emas dimenangi atlet Mongolia Sodnompiljee Enkhbayar dengan angkatan terbaik 245kg, yang merupakan rekod baharu Paralimpik dalam kategori itu.


Sodnompiljee memulakan saingan dengan penuh meyakinkan apabila melakukan angkatan 241kg, untuk memecah rekod Paralimpik milik Pavlos Mamalos dari Greece dengan angkatan seberat 238kg dilakukan di Rio 2016.


Tidak lama kemudian, beliau sekali lagi mencuri tumpuan apabila memecahkan rekodnya sendiri dalam percubaan kedua iaitu 245kg.


Pingat gangsa milik Saman Razi dari Iran yang melakukan angkatan terbaiknya 231kg, pada hari terakhir sukan powerlifting berlangsung hari ini.
-- BERNAMA




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 12:55 PM | Show all posts
You did it! Congratulation Jong Yhie Kee


Pemenang pingat perak Powerlifting Kategori 107 kilogram Sukan Paralimpik Tokyo 2020.


#DemiMalaysia #KontinjenMALAYSIA #Tokyo2020 #Paralympics







Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 12:58 PM | Show all posts
SEBAK DAN BANGGA..


Atlet powerlifting negara, Jong Yee Khie, kelihatan sebak selepas memenangi perak kategori lelaki 107kg di Tokyo International Forum.


Anda hebat!







Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 01:44 PM | Show all posts
Tahniah... kagum dengan diorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Congrats...paralimpik malaysia mmg xpernah menghampakan...harap peruntukan utk team para malaysia lebih lg dr team olimpik .. Bg byk2 kt team olimpik pun mcm x berbaloi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2021 02:18 PM | Show all posts
ekselen replied at 30-8-2021 02:05 PM
Congrats...paralimpik malaysia mmg xpernah menghampakan...harap peruntukan utk team para malaysia le ...

setuju 3x
paralimpik lagi menyerlah
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2021 03:37 PM | Show all posts
Tahniah Jong Yee Khie~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah buat Jong Yee Khie dan team Malaysia!!!
Menyerlah sungguh pasukan paralimpik kita!

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2021 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah yee khie

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.255066 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list