View: 3470|Reply: 8
|
[Sarawak]
[Paralimpik Tokyo] Pingat Perak - Jong Yie Kee
[Copy link]
|
|
Berita berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1268420&extra=page%3D1
‘Saya harap emak dengar, lihat kejayaan dari atas sana’ - Yee Khie
TOKYO, 30 Ogos: Hanya air mata yang membasahi pipi atlet powerlifting kebangsaan, Jong Yee Khie ketika menaiki podium selepas merangkul pingat perak kategori lelaki 107 kilogram (kg) di Sukan Paralimpik Tokyo.
Yee Khie ternyata gagal menyembunyikan perasaaan hibanya selepas tidak dapat meraikan kejayaannya di sini, bersama emaknya, mendiang Chow Good Sing, yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Oktober tahun lepas.
“Jika Sukan Paralimpik tidak dibatalkan kerana COVID-19 tahun lepas, emak sudah pasti melihat kejayaan saya, namun apakan daya emak telah pergi terlebih dahulu.
“Ketika di podium tadi, hati kecil saya memberitahu emak yang saya sudah berjaya raih pingat perak, harap dia dengar dan bangga dari atas sana,” katanya dalam nada sebak kepada Bernama.
Lebih menyedihkan, jadual latihan yang padat serta Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkannya tidak dapat berada di sisi emaknya sebelum wanita kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 71 tahun.
“Setibanya di Sarawak, saya hanya mampu mengikuti upacara sembahyang sebelum jasad emak dibakar,” tambahnya.
Katanya, beliau juga mahu mendedikasikan pingat dimenanginya bersempena Hari Kebangsaan yang akan disambut esok dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia terhadap sokongan diberikan kepada atlet paralimpik yang sedang berjuang di Jepun.
Saingan hari terakhir sukan powerlifting di Tokyo International Forum menyaksikan Sodnompiljee melakukan angkatan terbaik 245kg untuk membawa pulang emas manakala Saman Razi dari Iran, meraih gangsa menerusi angkatan terbaik seberat 231kg.-BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah!!!~
|
|
|
|
|
|
|
|
National powerlifting athlete Jong Yee Khie bagged a second medal for Malaysia, a silver, in the men's 107 kilogrammes (kg) category at the Tokyo Paralympics today.
Despite being unsuccessful in his first attempt to lift 230kg, he bounced back to confirm the silver medal in his second attempt, this time lifting 237kg.
Yee Khie's success means he got to make up for his disappointment after finishing seventh in the 97kg category when making his Paralympics debut in Rio 2016.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Jong Yie Kee |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah! Hebat btol atlet paralimpik kita kan |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah dik.... Tengok dia menangis.. Akak pun ikut menangis..macam boleh rasa perasaan dia.. dedicating his greatest achievement to his late mom... Tahniah sekali lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Jong Yee Khie.
Terima Kasih kerana memberikan kami rakyat Malaysia satu lagi berita gembira dari Tokyo. Saya memang percaya atlet istimewa Malaysia mmg power! Dan istimewa kerana Memang Istimewa. Bukan sekadar nama atau khabar. |
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
masuk abuk juga mata baca ...
yer la ... kot mak nyer yang menjadi sumber inspirasi yang memberi kekuatan kat dia selama ni...
bila kehilangan gtu ... ramai jadi rapuh ... hilang semangat ...
tapi dia tetap dengan usaha dia ...
Tahniah!!~ sekali lagi
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|