CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1304|Reply: 4

PARALIMPIK: Siti Noor Iasah mara ke final

[Copy link]
Post time 30-8-2021 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Syd at 30-8-2021 10:58 PM

PARALIMPIK: Siti Noor Iasah mara ke final[size=0.82]Oleh Syafiq Aznan
Ogos 30, 2021 @ 8:01pm
syafiq.aznan@bh.com.my


[url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=][/url][url=]

Aksi Siti Noor Iasah (kiri) pada saringan 2 acara 400 meter, sebentar tadi. - Foto ihsan MSN


KUALA LUMPUR: Atlet para 400 meter (m) negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengesahkan tiket ke final acara itu, esok.

Sekalipun menamatkan saringan 2 di tangga keempat, namun catatan 59.89 saat (s) yang dilakukan atlet berusia 31 tahun sudah cukup untuk 'menghantarnya' ke pusingan akhir.

Catatan terbabit bagaimanapun tidak sebaik rekod peribadi terbaiknya, 58.55s yang dilakukan pada temasya di Rio, lima tahun lalu.

Pusingan saringan di ungguli juara bertahan dari Amerika Syarikat, Breanna Clark yang turut memecahkan rekod Paralimpik miliknya dengan catatan 56.07s.

Tempat kedua menjadi milik atlet dari Ukraine, Yuliia Shuliar yang melakukan catatan 57.58s, sementara catatan 59.14s yang dilakukan atlet Brazil, Jardenia Felix Barbosa meletakkan dia di tempat ketiga.

Atlet balapan paralimpik negara Siti Nooriasah Mohamad Ariffin menyertai acara 400 meter T20 (kategori masalah pembelajaran) pada pusingan kelayakan Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini. - FOTO BERNAMA

Namun, Siti Noor Iasah jelas perlu tampil dengan persembahan yang lebih baik sekiranya mahu menebus kekecewaan di Rio pada aksi final esok.

Ini kerana berdasarkan catatan semua pesaingnya hari ini, dia berada pada tempat ketujuh daripada lapan peserta yang berjaya melayakkan diri ke final



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2021 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Siti Noor Iasah mara ke final!! Go! Go! Semoga berjaya!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Harapnya pompuan poland yang tersembam di garisan penamat masa final dekat rio ittuew tade atau sheols tak masuk pun paralimpik tokyo. Rengsa iols bila melihat sheols sengaja menyembamkan diri untuk merangkul pingat gangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Berjaya!! .. Harap2 dapat pingat dalam final nanti.. Aamiin3
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck untuk team Malaysia!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.073745 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list