View: 2106|Reply: 4
|
22-Carat Gold Vada Pav, Menu Tular Bersalut ’Emas’
[Copy link]
|
|
Sebuah restoran di Dubai tular selepas memperkenalkan menu baharu bernama ’22-carat Gold Vada Pav’ dalam Instagram rasminya.
Menariknya, hidangan dijual dengan harga 99 dirham (RM112) itu kelihatan seperti disalut emas.
Kredit foto: The Quint
Bagi menyediakan hidangan itu, vada diisi dengan truffle mentega dan keju, sebelum dicelup ke dalam adunan yang kelihatan seperti cecair berwarna emas.
Kemudian, hidangan itu digoreng dalam kuali dengan minyak panas.
Vada Pav dihidangkan bersama keledek goreng dalam kotak kayu mewah dan minuman mint lemonade yang diisi dalam gelas tinggi.
“Kami sangat gembira mengumumkan pelancaran menu baharu pertama di dunia,” kata syarikat itu.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
Nasik ng petai smbl je dah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila dah byk sgt duit..kalau boleh nak berak emas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai untuk dah banyak suit sangat sampai tak tahu nak buat apa dengannya |
|
|
|
|
|
|
|
Kotak kayu boleh bwk balik x??sbb mknn dia xberbaloi dgn harga.butter truffle bukannya ada kepingan truffle pon.emas tu po sehelai je.air sikit dlm botol kecik.
Org lain buat steak salut emas.nmpk la mahal dia tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|