CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1408|Reply: 3

[Sabah] Empat sekeluarga rentung

[Copy link]
Post time 7-9-2021 05:09 PM | Show all posts |Read mode
Salam Takziah ...

PENAMPANG: Empat sekeluarga terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, ditemukan rentung dalam sebuah rumah teres dua tingkat yang terbakar di Taman Hungap, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Misran Bisara berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi, sebelum berjaya mengawal kebakaran pada pukul 3.40 pagi.

Beliau berkata mangsa kebakaran dikenal pasti sebagai pasangan Matthew Wong, 50; dan Jecky Vun Kon Fung, 48; bersama dua anak mereka Brendan Wong, 18; dan Eric Wong, 15.

"Pada awalnya kita diberitahu jiran mungkin penghuni rumah itu masih di dalam dan selepas JBPM berjaya mengawal kebakaran dan membuat pemeriksaan kebakaran rumah tersebut, empat mangsa itu ditemukan rentung kira-kira 5 pagi tadi.

"Operasi di tempat kejadian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi tadi dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Misran berkata 90 peratus daripada rumah teres teres itu terbakar, selain dua buah kenderaan yang terbakar 10 peratus.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2021 05:14 PM | Show all posts
seelok nya ...pasang grill tingkap jenis yang boleh d buka ...walaupun tak tau kes ni apa sebab nya ... tapi salah satu penyebab terperangkap semasa kebakaran ... ada lah sebab grill tingkap nya tak leh d buka ...



Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2021 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat semua mangsa. Bila panik, boleh buat org lupa dimana tempat simpan kunci pintu. Lagilah kalau tengah tidur, terkejut. Sedih masa tengok berita tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2021 06:26 PM | Show all posts
Empat sekeluarga yang terkorban dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Hungap, di sini awal pagi Selasa dipercayai gagal membuka mangga kunci di jeriji kecemasan pada tingkap untuk menyelamatkan diri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Md Ali Ismail berkata, tiga mayat mangsa ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran tingkap manakala seorang lagi mangsa ditemukan dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai bermula dari tingkat bawah rumah tersebut bagaimanapun siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.

“Keempat-empat mangsa berkenaan dipercayai sedar kebakaran itu, namun mangsa gagal untuk menyelamatkan diri kerana tidak dapat membuka mangga yang dipasang pada jeriji berkenaan.

“Apabila dalam keadaan panik, besar kemungkinan mangsa akan lupa di mana meletakkan kunci untuk membuka jeriji kecemasan tingkap berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian pada Selasa.


Mangsa dikenal pasti sebagai Matthew Wong, 50; dan dua anaknya Brendan Wong, 18, serta Eric Wong, 15, ditemukan di bilik tingkat atas berhampiran jeriji tingkap kecemasan manakala isterinya Jecky Vun Kon Fung, 48, di dalam bilik air berhampiran bilik berkenaan.

Dalam kejadian itu, JBPM Sabah menerima panggilan pada jam 2.52 pagi sebelum berjaya mengawal kebakaran pada jam 3.40 pagi dan operasi di lokasi kejadian ditamatkan pada jam 6.10 pagi.

Md Ali berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memasang jeriji kecemasan tingkap rumah yang berkunci agar mudah untuk menyelamatkan diri sekiranya berlaku kebakaran. – SINAR
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.410747 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list