CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10560|Reply: 72

[Tempatan] Terbongkar! Kenapa Malaysia jadi negara pilihan pelacur

  [Copy link]
Post time 8-9-2021 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Kenapa Malaysia jadi negara pilihan pelacur
Oleh IZWAN ROZLIN dan MUHAMMAD AMINURALIF

KUALA LUMPUR - Bayaran lumayan menjadi pendorong ribuan wanita warga asing menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan menjalankan aktiviti persundalan.

Difahamkan permintaan tinggi turut menjadi faktor bayaran perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang di negara ini melambung.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, wanita warga asing itu boleh mendapat tips antara RM300 hingga RM500 untuk satu malam sahaja dan anggaran kasar mereka mampu peroleh RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.

“Ia merupakan harga biasa ditawarkan dan mengikut paras rupa. Mereka yang muda dan menawan akan dibayar mahal berbanding wanita berusia,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian.

Menurut Khairul Dzaimee, sindiket pelacuran ini turut mempunyai kelas tersendiri.

“Berdasarkan temu bual dan siasatan yang dijalankan, bagi kelas A, wanita itu dibayar RM700 hingga RM800 hanya untuk semalam.

“Malah kadar itu akan meningkat kalau ada permintaan yang tinggi. Anggaran kasar mereka boleh peroleh antara RM12,000 hingga RM15,000 sebulan,” katanya.

Tegasnya, adalah sesuatu yang dangkal sekiranya wanita warga asing itu mendakwa dieksploitasi kerana pendapatan yang mereka peroleh amat tinggi.

“Siasatan yang kita jalankan, tiada unsur kesemua wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran itu dikurung. Mereka terima habuan yang lumayan, tiada sekatan,” katanya.

Jelasnya, sindiket pelacuran di negara ini lebih bersifat setempat dan bukannya rangkaian antarabangsa.

“Ia dibuktikan menerusi jumlah operasi yang kita jalankan.

“Sehingga 5 Ogos lalu, sebanyak 39 operasi dijalankan di rumah urut serta premis hiburan dengan tangkapan seramai 89 individu warga asing dan 12 majikan.

“Bagi serbuan pada tahun 2020, sebanyak 253 operasi dijalankan di rumah urut dan premis hiburan dengan tangkapan seramai 1,197 warga asing dan 73 majikan,” katanya.

Warga China paling ramai

Wanita Asia terutama dari China mendahului senarai tertinggi yang ditahan terlibat dalam aktiviti pelacuran.

“Disusuli Thailand, Indonesia, Vietnam dan Filipina disebabkan faktor pelanggan khususnya warga tempatan.

“Turut terdapat sebilangan kecil wanita warga asing dari Bangladesh, namun mereka ini dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan senegara mereka sahaja,” katanya.


Bilik-bilik yang menjadi tempat operasi pelacur warga asing digempur Jabatan Imigresen Malaysia. - FOTO SINAR HARIAN/ HALIM WAHID

Kesan kegiatan pelacuran

Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kaedah tersendiri mengesan kegiatan pelacuran di kalangan warga asing yang masuk ke negara ini.

Khairul Dzaimee berkata, warga asing yang terlibat dalam sindiket pelacuran ini kebanyakannya masuk secara sah dengan menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelancong.

“Menerusi pas pelancong, kebenaran untuk mereka berada di negara ini selama 30 hari dan dalam tempoh itu mereka mengambil kesempatan menawarkan kegiatan seks.

“Siasatan juga mendapati, warga asing yang terlibat kegiatan pelacuran ini masuk melalui mana-mana pintu masuk negara sama ada di lapangan terbang atau terminal laut dengan syarat yang mencukupi.

“Imigresen akan semak segala aspek termasuk dokumen perjalanan. Kita juga akan periksa tempat tinggal mereka sepanjang mereka berada di negara ini termasuk adakah wang yang ada pada mereka mencukupi atau tidak,” katanya.

Tegasnya, mereka yang menawarkan perkhidmatan seks atau bekerja sebagai tukang urut sering kembali ke negara asal dalam tempoh dua bulan.


Pelacur warga asing yang diberkas dalam Op khas Imigresen baru-baru ini.

“Selepas itu, akan masuk semula sebagai pelancong dan dari pemerhatian kami, kegiatan ini berlarutan sehingga mereka ditangkap dalam mana-mana operasi yang dijalankan,” katanya.

Khairul Dzaimee berkata, terdapat segelintir wanita warga asing ditahan akan mendakwa menjadi mangsa diperdagangkan, namun ia sukar dibuktikan.

“Mereka ini bergerak bebas dan tidak dikurung, mereka bebas keluar masuk tempat mereka menjalankan aktiviti.

“Kita percaya ada pihak yang urus mereka, mungkin dari segi bayaran, makan, minum, tempat tinggal dan sebagainya. Hendak mengatakan mereka jadi mangsa itu sukar dibuktikan,” katanya.

Beliau berkata, ada juga yang memberi alasan sekadar berhibur atau menemani kawan.

Khairul Dzaimee berkata, pelbagai usaha yang digunakan sindiket untuk menggagal atau melambatkan operasi yang dijalankan.

“Antara yang kita kesan terdapat premis yang menyediakan laluan dan bilik rahsia bagi melindungi wanita warga asing ketika operasi dilaksanakan.

“Selain itu, ada juga pemilik premis yang cuba melengahkan operasi untuk memberi peluang wanita warga asing yang terlibat dalam aktiviti pelacuran ini melarikan diri,” katanya.

Sekiranya warga asing yang ditahan terlibat dalam aktiviti pelacuran, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 16(1)(c), Seksyen 15(1)(c), Seksyen 56(1)(I) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b), peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan akan disenarai hitam daripada memasuki negara ini.

Wanita warga asing terlibat kegiatan pelacuran dikesan menggunakan pas pelancong atau pas lawatan sosial.

Faktor penggunaan wanita warga asing di pusat hiburan/rumah urut bagi menarik pelanggan warga tempatan.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah2 dalang disebalik pelacuran ni adalah orang yg ada kuasa dlm negara ni..sapa tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 8-9-2021 11:39 AM
Entah2 dalang disebalik pelacuran ni adalah orang yg ada kuasa dlm negara ni..sapa tahu...

Yang paling tak boleh hadam bila kawasan maksiat atau jenayah selang 1 atau 2 pintu dari balai polis.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual org lagi untungg daa pada jual untaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
warga asing dari Bangladesh, namun mereka ini dikesan menawarkan khidmat seks kepada pelanggan senegara mereka sahaja,” katanya.

kesian
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Alangkan tanah beribu ekar 1 batu jer jarak dari pejabat tanah kena ceroboh kerajaan tak sedar. Inikan pula ayam2 yang anytime boleh disorok bawah katil atau atas siling. Korupsi korupsi korupsi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2021 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh terang lagi bersuluh...dah gempur ada lagi, gempur lagi, ada balik...smpai ajm la Msia ni selagi setan2 yg patut jaga keamanan katanya dok mencekik duit haram tu tak dihukum tembak smpai mati je ubatnya, barulah selesai kes
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kakalongmu replied at 8-9-2021 01:02 PM
Alangkan tanah beribu ekar 1 batu jer jarak dari pejabat tanah kena ceroboh kerajaan tak sedar. Inik ...

Kisah ketua balai yg kantoi buat disko dgn pompuan tu ape cite ye ..senyap je mcm tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Denco replied at 8-9-2021 01:10 PM
Kisah ketua balai yg kantoi buat disko dgn pompuan tu ape cite ye ..senyap je mcm tu kan

Haah... Yileekkkk
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak padankan pkp bagai tp pusat pelacuran elok je buka.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg melanggan pelacur2 ni mestilah laki2 kan....takkanla lesbian. Mane iman laki-laki tak gune ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini loop hole... Kalau passport valid.. Takda rekod jenayah... Segala syarat2 imigresen dipatuhi... Pihak Imigresen mmg tak blh buat apa2 selain dibenarkan masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:24 PM | Show all posts
selagi ada demand
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab Umno menggalakkan culture bapak/mak ayam. Ok tak jawapan den?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:36 PM | Show all posts

Sangat2 Betol

noor2 replied at 8-9-2021 11:39 AM
Entah2 dalang disebalik pelacuran ni adalah orang yg ada kuasa dlm negara ni..sapa tahu...

Sedare aku muntri ye dulukale, aku kata takleh ke hapuskan.  Dia angkat tangan beria2 kata pelacuran takleh dihapuskan..  Pepek le katekan.

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg penting warga asing tu semua divaksin secara percuma..tuk capai herd immunity....pasai dia melacur kat Msia....tau la tauke dia bayar cukai kpd kerajaan...mereka pon manusia juga.-Acik Forum.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2021 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 8-9-2021 01:02 PM

Kalau masuk forum khas psl benda2 ni memang Malaysia is prefered dari negara lain sbb sini pompannya pelbagai cina rusia filipino indon semua ada. And mudah dpt perkhidmatannya. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
KucaiHijau replied at 8-9-2021 12:19 PM
Yg melanggan pelacur2 ni mestilah laki2 kan....takkanla lesbian. Mane iman laki-laki tak gune ni

Bukan semua pelanggan tu orang Islam. Dan mereka yg langgan ni ada bnyk sebab dan jenis khidmat pun beza2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 02:32 PM | Show all posts
usahkan pelacur luar negara, pendatang haram dari luar negara pun mudah sgt masuk, membiak dan buka penempatan komuniti sendiri.

kenapa? penguatkuasaan lemah dan juga sebab RASUAH!

apa tindakan? takde. takat iklan Mak Kata Jgn Ambik Rasuah.

pathetic!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2021 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Siannya harga bergantung pada usia...

Lagi tua lagi tak laku...
Macam vida la dah tua masuk pasca menopos pun dia yang kena bayar... Bukannya orang bayar dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.280984 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list