View: 3160|Reply: 20
|
[Sarawak]
COVID-19: Sarawak petanda awal peralihan endemik - Khairy
[Copy link]
|
|

Peningkatan kes di Sarawak melibatkan kes kategori satu dan dua di negeri itu merupakan petanda awal kepada peralihan fasa endemik, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam masa sama akan menyemak dan mendapatkan maklumat terperinci berkenaan punca peningkatan kes COVID-19 di Sarawak.
"Kita sudah melakukan semakan dengan Sarawak dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kita mendapati 99 peratus (kes) adalah merupakan kategori satu dan dua.
"Empat orang sahaja berada dalam kategori tiga, empat dan lima. Ini menunjukkan bahawa (kita) dalam dalam peralihan kepada fasa endemik, seolah-olah kita hidup dengan virus ini.
"Masih ada jangkitan, tetapi kesannya tidak teruk sangat. Namun demikian, kita sudah membuat keputusan dalam seminggu dua ini kita akan ke Sarawak untuk melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Khairy menjelaskan, berdasarkan semakan awal, kebanyakan kes di Sarawak terdiri daripada jangkitan kategori satu dan dua iaitu yang tidak bergejala dan mengalami gejala ringan.
"Contohnya, negara lain seperti England, kes masih tinggi, kes ringan, tetapi dari segi kes yang serius amat rendah walaupun ada sedikit tinggi peningkatan berikutan varian Delta tetapi masih lagi agak rendah, itu yang kita sedang kaji bagi negara kita," ujarnya.
Terdahulu, KKM melaporkan Sarawak mencatatkan angka tertinggi dengan 3,200 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu kepada 134,612 kes.
Menurut data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), sehingga Isnin, 63.6 peratus populasi di Sarawak telah lengkap menerima vaksin. Manakala bagi jumlah populasi dewasa pula adalah sebanyak 87.7 peratus.
Pada 1 September lalu, Khairy memaklumkan, Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung Oktober ini.
Beliau berkata, peralihan fasa itu dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak sudah bersedia jalani fasa endemik
KUCHING : Sarawak menjadi antara negeri dalam Malaysia yang bersedia untuk memasuki fasa endemik menjelang hujung Oktober seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Menurut Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Helmy Hazmi, rakyat di negeri ini dilihat mampu menjalani fasa tersebut namun dengan beberapa syarat tertentu.
“Antara syaratnya ialah kadar vaksinasi yang tinggi terutamanya dalam golongan dewasa.
“Selain itu, syarat wajib turut melibatkan pengurangan kes dalam Kategori 4 dan 5 iaitu kategori jangkitan paru-paru, memerlukan oksigen dan ventilator,” katanya ketika dihubungi TVS baru-baru ini.
Jelas Dr Helmy, antara kriteria syarat yang dinyatakan itu, Sarawak diyakini lebih daripada layak kerana kadar vaksinasi golongan dewasa di negeri ini sudah mencecah lebih 80 peratus.
Bukan itu sahaja, kes-kes dalam Kategori 4 dan 5 juga mencatatkan penurunan.
“Antara perubahan ketara dan mendadak dapat dilihat dalam kes harian baharu dilaporkan di Sarawak ialah lebih 90 peratus kes membabitkan Kategori 1 dan 2.
“Walau bagaimanapun, kita masih perlu memberi fokus kepada pemvaksinan golongan remaja dan kanak-kanak setelah mendapat kelulusan kelak,” katanya.
Pada masa sama beliau turut mengingatkan bahawa fasa endemik merupakan situasi di mana manusia terpaksa hidup bersama virus COVID-19.
Oleh itu, kehidupan dengan mematuhi ketat segala Prosedur Operasi Standard (SOP) masih perlu malah dengan penuh disiplin.
“Kehidupan norma baharu seperti memakai pelitup separuh muka, jaga penjarakan dan sebagainya sudah sepatutnya menjadi amalan harian semua orang ketika berada di tempat awam.
“Fasa endemik ini bermaksud kita menerima kenyataan bahawa penyakit ini sukar untuk dibasmi dan kita memilih untuk hidup bersamanya.
“Antara situasi lain, kita juga perlu menerima hakikat bahawa dari semasa ke semasa akan berlakunya cetusan wabak di beberapa kawasan dan perlu menjalani tempoh ‘lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” ujarnya.
TVS
|
|
|
|
|
|
|
|
tah la....kwn bgtau...bapa kwn baik dia...meninggal sb covid...arini....kat Swak sinun... |
|
|
|
|
|
|
|
sama lah kita ... ntah la ... tengok2 jer dulu... sebab masih ramai remaja dan kanak-kanak yang blom vaksin lagi...
hari ni mencatit 10 kematian ... Takziah untuk keluarga ...
termasuk tak...?

|
|
|
|
|
|
|
|
jgn percaya data. percaya instint sendiri - robert kayuhoki
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 06:40 PM
sama lah kita ... ntah la ... tengok2 jer dulu... sebab masih ramai remaja dan kanak-kanak yang blo ...
ni...sampai kul bape..arini? |
|
|
|
|
|
|
|
instinct ... naluri hati sendiri ... mengata kan ... ramai dah sebenar nya hidup bersama Covid ... sedar tak sedar jer lagi... positip tak positip jer lagi ...
sebab tu ada kes bila d buat ujian secara rawak ... ramai terkejut bila positip... tanpa gejala ...
|
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya sampai 12 tengahari kot ...
sebab ada yang update seawal pukul 3 petang tapi tak detail...
|
|
|
|
|
|
|
|
selagi ada kematian, susah nk percaya dah masuk fasa endemik ... |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 8-9-2021 06:53 PM
rasa nya sampai 12 tengahari kot ...
sebab ada yang update seawal pukul 3 petang tapi tak detail.. ...
kul 5pm td dpt berita..x msk rekod rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
fasa endemik maksud nya ... memang tetap ada kematian ... tapi terkawal untuk golongan yang bergejala dan yang dah lanjut usia.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul setuju. cuma.. kena ingat masih ada frontliner dijangkiti while fighting covid. mereka kan dah vaksin. vaksin tak kebal covid.
safety first. |
|
|
|
|
|
|
|
blom lah kot ...
lama ke dah positip...?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju juga ...
tapi bukan frontliner jer ... kita2 yang dah vaksin pun ada yang positip...
cuma kurang lah sakit nya ...
abang pun jager diri bebaik ok 
|
|
|
|
|
|
|
|
noted. but still, 10 org meninggal, ramai to me ... walopon dah berumur & ada penyakit lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju ... angka yang tinggi ...
sebab tu walaupun dah vaksin ... jangan la cari penyakit dan bawa pulang ke rumah bila ada orang yang dah lanjut usia ( walaupun mereka dah vaksin ) dan kanak2 kat rumah ...
dan Sarawak blom d istihar endemik lagi ... masih dalam sesi peralihan ... sebab masih ramai remaja dan kanak2 yang blom d vaksin ...
|
|
|
|
|
|
|
|
apa sebelum ni tahap 345 lagi byk ka dari tahap 12?
skrg tahap 12 dah byk so jd endemik  |
|
|
|
|
|
|
|
Everytime nak approach endemic.. Time tu la case increase.. New cluster.. New cases... Rules kept changing sampai lost track which is the latest. Kena amik jaga diri sendiri/keluarga dulu.. Takkan nak dok umah je kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni kalo +ve tu mcm demam jerlah
Kalo keja kena ambik cuti sakit |
|
|
|
|
|
|
|
kan ...
so kena pandai2 sendiri la jaga diri , jaga keluarga dan orang2 tersayang ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|